Dark Mansion-3D Glow In The Dark Museum | Tarikan Terbaru di Pulau Pinang

4:02 PM


Dark Mansion-3D Glow In The Dark Museum | Tarikan Terbaru di Pulau Pinang


 



3D Glow In The Dark Museum pertama di Malaysia


 

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk melawat satu lagi tarikan terbaru di Pulau Pinang iaitu salah satu modern art museum yang pertama  merupakan 3D Glow In The Dark Museum di Malaysia. Terletak di tengah bandar Georgetown, Dark Mansion-3D Glow In The Dark Museum sangat mudah di cari. Ia terletak di kiri bahu Jalan Kimberly Georgetown.

 


Kebelakangan ini, Georgetown terkenal sebagai hab serantau untuk seni dan kreativiti kerana kemunculan muzium seni moden pelbagai tema namun Dark Mansion telah memberi satu kelainan dalam seni moden paling bergaya kerana menggabungkan sains dan teknologi kepada seni dan telah menjadi salah satu tarikan utama yang baru dan lokasi mesti dilawati di Pulau Pinang.

 

Di Dark Mansion anda boleh melihat satu langkah ke hadapan dari teknik seni lukisan 3D yang mengubah lukisan 2-dimensi ke dalam imej 3 dimensi, Dark Mansion menggabungkan cahaya yang berkuasa gelap ke dalam lukisan untuk menjadikan ia satu yang unik. Selain itu, ia juga menggunakan kesan cahaya khas untuk mewujudkan peralihan siang-malam. Pengunjung boleh menyaksikan perubahan lukisan dengan cahaya dan menikmati lukisan yang sama dengan dua mood yang berbeza.

 

Dark Mansion menpunyai 2 tingkat. Bila masuk ke dalam Dark Mansion ini ia terbahagi kepada 5 bahagian iaitu My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood, Mysterious Tropical Pandora, Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting, The Infinity Room dan Stars and Moonlight. Jom kita terjah serba sedikit apa yang menarik dalam Dark Mansion-3D Glow in the Dark Museum.

 

My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood


 

Di bahagian My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood anda boleh bergambar dengan lukisan 3D yang mengisahkan permainan terkenal di zaman 80-an dan 90-an. Ada bermacam-macam jenis watak kartun antaranya Jigsaw Puzzle, Super Mario Bros, Tamagotchi, Army Men, Snakes and Ladders, Lego, Table Football, Barbie Doll dan banyak lagi . Hasil lukisan 3D di Dark Mansion pon sangat menarik dan cantik.

Tamagotchi

Jigsaw Puzzle

Super Mario Bros


Terdapat juga hasil dari Paper Doll yang unik.




 

Mysterious Tropical Pandora


 

Dibahagian Mysterious Tropical Pandora pula kita di bawa meneroka hutan tropika yang penuh misteri dengan kesan cahaya di dalam gelap. Kita boleh menyaksikan metamorfosis tumbuhan menjadi makhluk hidup yang istimewa dalam beberapa saat.

di dalam hutan dengan lampu biasa

di dalam hutan dengan kesan khas cahaya


 

Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting


 

Di Dark Mansion, bahagian ini adalah yang sangat-sangat menarik. Di sini merupakan lukisan kaki lima Anamorphic yang terbesar di dunia yang bercahaya di dalam gelap lukisan dengan kesan khas peralihan siang dan malam oleh Edgar Müller. Memang teruja bila dapat melihat serta bergambar dengan lukisan yang amat menarik ini.



Korang boleh bergambar di lukisan ini dengan pelbagai gaya. Ia pasti mengujakan.


 

The Infinity Room


 

Di The Infinity Room anda boleh berjalan di atas jambatan bercahaya yang tidak berkesudahan dan menikmati suasana yang menakjubkan di mana langit itu ditutup dengan makhluk yang berkilauan.



 

Stars and Moonlight


 

Stargaze di bulan! Dibahagian Stars and Moolight anda boleh menikmati keindahan malam berbintang dan boleh bertemu dengan zodiac anda di sana.

jadilah salah satu pasangan romantic yang sampai di bulan


Bagi saya, Dark Dark Mansion-3D Glow In The Dark Museum merupakan muzium seni yang lain dari yang lain.



Rugi kalau korang tak menjejakkan kaki di sana. Korang kena habiskan banyak masa secara santai sambil bergambar dengan sepuas-puasnya. Jangan gopoh-gopoh bergambar ok. Ambillah sebanyak mana masa yang korang suka di dalam Dark Mansion dan pastinya ia tidak mengecewakan.



 

Info lanjut boleh ke :-
Facebook : Dark Mansion
 
Atau terus ke :-
 
Dark Mansion
Kimberly Street Georgetown
Penang
04-2519694
 
Dibuka dari 10 pagi hingga 6.30 petang.

 

Harga tiket seperti di bawah.



Terima kasih kepada pihak pengurusan Dark Mansion kerana menjemput team #projekbloggerutara merasai kehebatan hasil seni 3D yang paling canggih di Pulau Pinang ketika ini.

 

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. makan laksa macam masuk bebetul dalam mulut.. heee

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. best sgt...bbaloi dgn hrga.if ada kamera best lg berbaloi ambik kt dark area tu

      Delete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers