Tefal Manual Chopper Yang Memudahkan Kerja Di Dapur

10:36 AM

Tefal Manual Chopper Yang Memudahkan Kerja Di Dapur



Hari ni nak cerita sikit satu barangan yang best dari Box of Joy Lazada iaitu Tefal Manual Chopper. Masa dapat Tefal Manual Chopper ni pon dah seronok. Itu belum lagi guna barangnya.

Sebelum ni saya selalu sangat komplen rumah atas saya tiap-tiap malam menumbuk sambal belacan. Taktau la samada sambal belacan ke bawang tapi tiap malam dok menumbuk sampaikan suruh jiran sebelah rumah cakapkan kat jiran atas. Sehari dua tu okla tapi lepas tu dia menumbuk balik. Saya tak menumbuk bawang sambal ke? Jawapannya tak. Takut kena komplen macam ni jugak la. Rela potong-potong bawang takpon guna blender ja tapi kalau guna blender tu halus bukan main dah tu berair la kan.


Dah 2 minggu dalam simpanan Tefal Manual Chooper ni jadi semalam kita rasmikanlah. Cuba try test chop bawang dulu. Saja letak bawang yang di potong kecil dan bawang besar potong dua. Nak tengok bagus ke tak kerja Tefal Manual Chopper ni.


Penggunaannya amat mudah. Letak bawang cili dalam bekas dia tapi hati-hati dengan pisaunya yang amat tajam. Jangan dok test ketajaman pisau kat jari pulak. Kalau berdarah saya tak tanggung ye.


Tarik pemegang dua tiga kali...zasss....zasss...zasss...Tada....dah siap. Takde bunyi bising...jiran pon tak komplen. Ni tengah-tengah malam kalau lapar nasi goreng pon boleh masak kalau macam ni...hahahaha...Tak perlu risau nak berair hidung dan mata menangis-nangis semata-mata nak potong bawang.


Cantikkan kejadian masak berlado ni. Saja kurangkan cili sebab nak makan dengan Aqil Najmi. Tak payah susah-susah nak tumbuk bawang dan cili.


Kalau korang nak beli manual chopper macam ni boleh ke Lazada Malaysia. Sekarang tengah ada diskaun gila-gila. Ada bermacam manual chopper dengan harga yang amat menarik tapi pastikan baca dahulu keterangan kat gambarnya ye. Kang komplen plak barang sampai lambat padahal beli barangan dari oversea.

Tata...


You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. wahhh rumah uols dah cantik
    kemas dan simple je
    ai likeee

    ReplyDelete
  2. Mudahnya..tarik2 jer kan.. terbaik la..

    ReplyDelete
  3. memang sangat mudah tarik-tarik saja... hihihihihi...

    ReplyDelete
  4. halussss! seronoknya tengok.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. tetiba nak cari balik chopper macam nih dok dalam simpanan..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^