Tangan Kanan Aqil Terseliuh | Tukang Urut Di Telok Ayer Tawar Butterworth

2:10 PM


Tangan Kanan Aqil Terseliuh | Tukang Urut Di Telok Ayer Tawar Butterworth


 

Ini kali kedua alami situasi mencemaskan. Pertama kalinya masa Aqil baru lahir nak ambil darah sebab jaundice. Sedih kot bila tengok baby kecil menangis kena cucuk tapi waktu tu Aqil menangis sekali ja.

Masa hantar abah Aqil pi kerja dia ok ja cuma tak selincah selalu. Takde dah nak menyanyi-nyanyi cuma banyak duduk bersandar. Bila pi review makanan dia takmau makan macam selalu padahal dialah paling suka makan tapi main dengan kawan-kawan yang lain siap berlari sana sini macam takda apa-apa.

 

Semalam lepas balik dari review terus bawa Aqil balik rumah tok Besah bila tengok keadaan Aqil lain macam ja. Nak tanya dulu orang tua-tua kot-kot tau sakit apa. Tangan Aqil sakit dari malam tu lagi tapi ingatkan dia cuma kebas-kebas bila tidor sebelah badan. Nak pegang tak bagi dok sebut sakit. Nak buka baju apatah lagi tapi main macam biasa ja. Takda tanda-tanda macam sakit teruk. Lagipon dia tak mengadu tangan sakit cuma tak bagi sentuh tangan kanan dia tu. Kadang tu dia suka buat teruk. Kita buat-buat cubit pon kata sakit menangis macam kena apa ja. Jadi bila dia tak menangis tu saya masih anggap biasa cuma agak pelik.

 
Aqil sewaktu ikut mama review
 

Bila tok Besah tengok ja tangan dia terus tok Besah panggil mak bidan kampong datang mengurut. Mula-mula memang dia tak bagi kerjasama sapa pon pegang tangan dia tapi bila suruh paksu dia duduk sekali depan mak bidan baru la dia bagi pegang dan baru tahu tangan Aqil terseliuh. Masa ni la paling mencabar. Dia menangis dok panggil mama mama dengan airmata berjuraian… tapi tak meronta-ronta sebab ada paksu depan mata….huhuhu…masa ni bikin mama dia sebak. Tapi demi kebaikkan tahan juga diri ni. Biasa la budak baru nak besar, mainnya aci redah ja. Lompat sana lompat sini mana la tak terjatuh terseliuh bagai.

 

Dalam 15 minit proses mak bidan tu mengurut sebab dia tak bagi kerjasama sangat. Masa lepas mengurut ni pon mencabar juga. Nak suruh Aqil guna tangan kanan pegang barang nak pastikan tangan tu dah ok ke belum. Memang dia takmau guna tangan tu. Siap marah-marah mak bidan ‘takmau…tak boleh’ semua ada. Akhirnya kami biarkan ja dia bermain tengok keadaannya macam mana. Bila dia dah mula boleh pegang guna tangan kanan, terus loncat main macam dia tak pernah sakit sebelum tu. Amboi sangat awak ni. Balik dari umah tok Besah lepas tu siap menyanyi lagu Aiman Tino – “Ku rela di benci” lagi ha….memang boleh nampak perbezaan dia.

Mak bidan pesan suruh urut lagi sapu minyak tiap-tiap malam takut masuk angin sebab tangan tu baru nak baik. Bab sapu minyak tu ok sebab memang tiap-tiap malam sapu minyak angin baby kat perut dan tapak kaki dia.

Korang yang duduk area Butterworth mencari mak bidan mengurut lepas bersalin/urut lenguh badan/terseliuh boleh hubungi Cik Yam di talian 04-3515009.

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. Lorr main ganaih sgt ler tu..takpe hero sakit sat jer..pastu tak sakit dah..hehehe

    ReplyDelete
  2. tu semalam nampak bengkak jari tu..

    p/s : Zai, Eyda tag Zai untuk giveaway nih http://izzeyda.blogspot.com/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html

    ReplyDelete
  3. Alolo kesian Aqil, takpe boy sakit sekejap je macam adik sepupu saya pun lasak kemain haha

    ReplyDelete
  4. hahahaha.. garangnya Aqill.. siap cakap tak boleh kat tok bidan

    ReplyDelete
  5. ganas jugak hehehe.. boleh la try urut. selalu balik p urut kt pk menakan ja. memang sedap klau dpt urut

    ReplyDelete
  6. huwaaaaaaa tak boleh tahan kalau dengar anak meraung meronta macam tu kan kak zai. tapi tula budak nak membesar mmg mcm tu. kita ni sampai tak boleh nak larang. larang pun dengar la sekejap. lepas tu buat balik

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers