Resepi Mudah | Sotong Masak Lemak Lengkuas

2:48 PM

Resepi Mudah | Sotong Masak Lemak Lengkuas


Balik rumah tok Besah hujung minggu macam biasa saya akan ambil alih bahagian dapur. Dok bincang-bincang dengan adik lelaki saya nak makan apa tetiba dia bagi cadangan nak makan sotong yang macam tok Besah masak dulu-dulu.

Dulu waktu arwah ayah masih ada tiap kali dapat gaji mesti arwah ayah beli sotong suruh mak masak makanan peberet kami sekeluarga. Bila arwah ayah dah takde sejak 13 tahun lepas di tambah dengan tok Besah yang pantang makan seafood jadinya susah la nak merasa makanan peberet kami.

Resepi sotong masak lemak lengkuas ni amat mudah dan ringkas. Orang tak pandai masak pon boleh buat.


Resepi Sotong Masak Lemak Lengkuas

Bahan-bahannya :-
500 gram sotong
1 labu bawang besar-dibelah 4
1 inci lengkuas-di potong nipis
6 biji cili kering-di rebus dan tumbuk kasar
1 cawan pati santan
Sedikit garam untuk perasa
2 cawan air

Cara penyediaannya :-
  • Sotong yang telah di siang buang tulang dan dakwat hitam (ikut pada size sotong.kalau kecil tak perlu nak potong) di rebus dengan sedikit air lebih kurang 5 minit untuk melembutkan sedikit sotong tersebut.
  • Masukkan cili kering yang telah di tumbuk kasar, lengkuas dan bawang besar.
  • Masukkan pati santan dan kacau perlahan supaya tak pecah minyak sehingga mendidih. Api sederhana ya.
  • Perasakan dengan garam dan siap di hidang.
Mudah...cepat...ringkas.

Tak sampai 10 minit pon nak masak resepi sotong masak lemak lengkuas. Adik saya sampai bertambah nasi. Peberet la katakan. Budak-budak pon boleh makan sebab tak pedas. Cili tu cuma nak tambah perasa saja.

You Might Also Like

10 apa kata anda?

  1. sotong ni sllu masak kunyit ngan sambal je..lain2 tu malas hehe
    ni boleh cuba

    ReplyDelete
  2. simple dan menarik, tapi anak2 jenis suka menu jenis pedas2..

    ReplyDelete
  3. first time dengar ni.. macam best jaaa

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaaaa! Nampak senang nak masak hehe nanti kalau rajin boleh try :)

    ReplyDelete
  5. Wah boleh try ni...simple tpi sedap yg penting kan

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers