Parenting | Tips Cerai Lampin Pakai Buang aka Potty Training

9:44 AM

Tips Cerai Lampin Pakai Buang aka Potty Training

 
Rentetan dari Aqil dah tak pakai pempes dah ada orang tanya tips cerai lampin pakai buang untuk budak yang belum pandai bercakap.
Nak cerita bagi tips pon tak pandai tapi yang ni apa yang kami buat tapi masa ni Aqil dah boleh cakap dah pon cuma tak pandai sangat.
 
Saya dan suami start potty training kat Aqil bila kami dah bersedia dan rasakan masa itu tepat.
Kalau mak bapak tak bersedia memang tak boleh jadi juga potty training ni.
Sebenarnya nak cerai lampin pakai buang ni bukan semata-mata anak kita tu saja tapi diri mak bapa tu juga.
Macam saya sebenarnya boleh ja mulakan dari awal masa dia start pakai cloth diaper(CD) tapi abah dia plak yang rasa susah bila Aqil pakai CD.
Pastu lepas pengasuh Aqil tak dapat nak jaga dia lagi, abah Aqil la yang jadi baby sitter waktu siang dan saya pula di waktu malam.
Aqil ikut abahnya ke tempat keja. Membesar kat sana sebab abah dia tak harap orang lain nak mengasuh anak kesayangan dia.
Dari situ kami start pakaikan Aqil balik lampin pakai buang sepanjang masa.
Start ja Aqil di jaga oleh kawan saya, dia pon suruh saya start potty training kat rumah waktu malam dan di rumah dia waktu siang.
Alhamdulillah…dapat pengasuh yang boleh bekerjasama dalam proses potty training Aqil.
 
Masa proses potty training ni mak pak kenalah gigih, sabar, konsisten dan jangan putus asa.
Yang ni memang penting. Mak pak kena tetapkan azam nak anak lulus potty training. Jangan plak hari ni potty training esok dah skip dua tiga hari pastu mula balik potty training. Memang payah nak menjadi la.
Anak akan jadi lupa. Jadi kena konsisten hari-hari.
Saya pernah rasa down nak stop proses potty training Aqil bila dia asik keciciran.


Mula-mula kencing tapi still ok lagi sebab kencing ja tapi bila bak berak…aduhaiiiii….menyirap. Berak atas karpet plak tu….grrrr….grrrr je la.
Mak pak kena redha ya kalau anak kecing berak keciciran ni. Jangan marah-marah nanti lagi lambat anak nak lulus potty training.
Masa dah 2 3 minggu latih dia rasa menyirap ja bila tengok anak masih kencing bersepah padahal baru ja kencing tadi.
Tapi kami tak pernah push Aqil sangat-sangat. Buat pelan-pelan. Sebab tu proses potty training Aqil berjalan hampir 3 bulan.
 
Nak latih anak potty training mak pak kena kerap bertanya. Tanya ja kerap-kerap bukan kena bayar pon…ekekekeke.
Mula-mula setiap sejam…pastu jadi dua jam.Memang dia akan cakap taknak kencing bila kita tanya dia tapi saya akan bawa ke tandas dan suruh dia kencing lama-lama dia sendiri akan cakap sendiri nak kencing dan boleh pergi sendiri ke bilik air.

Saya sampai sekarang masih bertanyakan Aqil samada nak kencing ke tak bila rasa macam dah lama sangat dia tak kencing. Sekarang dia dah boleh beza kentut dan nak berak. Dulu kentut pon kata berak. Kelam kabut kita ni takut keciciran. Kalau dia cakap sakit perut kita dah boleh bersedia dah. Bawa dia ke tandas dan sediakan bekas berak dia atau ajar dia berak dia tandas cangkung.
 
Bila anak dah berjaya kencing dan berak sendiri pujilah mereka. Macam dapat PhD tau bila anak boleh kencing berak sendiri tanpa bantuan ibu bapa.
Anak pon jadi seronok bila kita puji mereka pandai…bagus…terbaik. Lama-lama dah takda keciciran lagi.
 
Saya belikan Aqil boxer dan seluar dalam comel dengan kartun kesukaan dia. Jadi dia sendiri akan suka pakai seluar-seluar macam tu dari lampin pakai buang.


Lagi satu cuba reward anak bila mereka dah berjaya. Belanja makan aiskrim ke…beli mainan ke…anak-anak pon seronok.
 
Inilah serba sedikit tips yang saya guna pakai dalam proses Aqil cerai lampin pakai buang aka potty training.
Selamat berjaya ibu-ibu kat luar sana ye. ^^,
 

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Masa memula start training memang asyik nak terkucil jer keje nyer kan ...

    ReplyDelete
  2. yup...potty training kena banyak sabar, rajin tanya, rajin puji...dah train thaqif potty training jugak.tp on weekend je.so far thaqif ok, jarang tercicir la, dia bagitau kalau nak kencing.tapi kalau dok ngn atok opahstill on diapers.atok opah xlarat nak bkejar ke toilet selalu.

    ReplyDelete
  3. Susah juga ya nak cerai lampin ni..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers