Throwback | Alhamdulillah Dapat Menjadi Tetamu Allah

11:16 AM

Throwback | Alhamdulillah Dapat Menjadi Tetamu Allah


Bagus juga bila facebook throwback balik kejadian tahun-tahun lepas pada setiap hari. Hari ini memori kat facebook saya macam kat bawah ni guna handphone biasa-biasa selepas di ragut sebelum menunaikan haji. Tak mampu nak beli handphone mahal sebab banyak lagi duit nak guna sebelum dan selepas menunaikan haji nanti.


Allah....dah 5 tahun rupanya. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun dah saya dapat menunaikan haji.

Pada hari kejadian perasaan saya bercampur baur. Tak dapat nak gambarkan macam mana. Gembira sebab bersyukur kerana bakal menjadi tetamu Allah. Takut kerana saya cuma insan kerdil dengan perangai yang tah apa-apa tiba-tiba di jemput Allah. Takut Allah tidak ampunkan dosa-dosa saya yang terdahulu. Takut Allah turunkan bala ujian yang teruk dengan perangai saya yang terdahulu....huhuhu...

Allah beri saya rezeki awal menjadi tetamu-Nya tapi rezeki nikah kawen lambat. Jadi korang yang kawen awal jangan mengeluh ya sebab korang umur masih muda tapi anak dah besar. Macam saya umur dah....errr...errr... tapi anak kecil lagi.

Ini pengalaman saya selama 45 hari secara ringkas sewaktu menunaikan haji tahun 2011. Mungkin tak sama Mekah dan Madinah masa sekarang tapi mana yang bagus jadikanlah panduan.
Allah...bila baca balik entri sendiri rindunya saat-saat tu. Rasa nak pergi lagi dan lagi. Doakan saya sekali lagi menjadi tetamu-Nya dan berharap korang semua pun akan menjadi tetamu Allah juga nanti....aamiin.... 

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. segala puji bagiNya atas rezeki yg dikurniakan. setiap orang memang tak sama rezekinya kan Zai

    ReplyDelete
  2. sekejap jer masa berlalu kan Zai.. moga2 Eyda pun dapat menjadi tetamu Allah satu hari nanti.. Amin..

    ReplyDelete
  3. Bestnya. Semoga ada rezeki saya menjadi tetamu Allah juga one day :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Memang rezeki dapat bertandang ke sana..
    Semoga ada rezeki kami pula.. Aamiin..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers