Majlis Ulangtahun Kelahiran Aqil Najmi Yang Ke-3

4:43 PM

Majlis Ulangtahun Kelahiran Aqil Najmi Yang Ke-3



Assalamualaikum

Phewww...beberapa hari ni bizi ya amat. Kebetulan bos semua tak ada kena ke subcon ada issue jadinya saya di sini kena handle hal-hal department. Pi mai pi mai dok jalan sana sini setel lot. Sebelum nak update job review apa yang pending tu moh nak cerita majlis ulangtahun kelahiran Aqil Najmi yang ke-3.

Cadangnya dalam perancangan nak buat kat rumah tok Besah ja. Macam tahun lepas jemput anak sepupu dan jiran jamu makan. Bila cakap kat abah Aqil sat-sat cakap nak buat kat rumah tok Besah....sat-sat kat rumah 'burung merpati' kami.

Jumaat petang baru saya order kek besday Aqil dari sorang akak tu. Sabtu malam tetiba abah Aqil ajak ke rumah kak ipar di Padang Serai. Rupanya abah Aqil dah bincang-bincang dah dengan kakak dia nak upah masak bihun sup. Tanpa rancang abah Aqil dah pon jemput sedara-mara belah suami dan saya, jiran-jiran dan kawan-kawannya. Malam tu lepas confirm barulah saya berani jemput kawan-kawan saya ke majlis hari lahir Aqil. Mana yang tak kena jemput harap maaf ya. Kalut dan blurr sekejap.

Ahad siangnya saya sibuk dok membeli belah segala cawan, mangkuk, pinggan dan sudu plastik pakai buang untuk kegunaan masa majlis. Dah setel bab tu terus ambik kek yang di tempah. Balik rumah kemas rumah apa yang patut dan hias segala belon bagai. Cadangnya nak sambut dalam rumah 'burung merpati' kan? Sempat la buat agar-agar laici untuk majlis.

Petangnya abah Aqil balik cakap dah tempeh 5 meja dan kerusi untuk tetamu makan di koridor. Rumah sempit....takut tak selesa. Pastu abah Aqil suruh saya jemput mak mertua sebab ayah mertua tak dapat nak datang. Balik dari Lunas tengok kat parking dah ada khemah meja bagai. Aiiiikkkk....tadi kata kat koridor. Naik rumah di tingkat satu dah boleh agak dah tu khemah kami. Adoiiii...tetiba majlis tu nampak besar plak.


Majlis bermula jam 8 malam. Dah tak sempat nak hias segala bagai kat bawah sebab saya baru nak mandi bersiap sembahyang, kami hidang juadah macam tu ja tanpa deko besday...huhuhu...
 

Menu malam tu:-bihun sup ayam, donut, pau Malaysia, agar-agar laici, seri muka, tembikai, air oren dan teh tarik

Antara juadah yang ada malam tersebut. Donut dan pau Malaysia ni di hidang panas-panas. Uli time-time tu. Nampak nak habis kami goreng.
 

Acara potong kek pon jadi carca-marba tapi Aqil memang seronok bila zikiran demi zikiran minta mama abah beli jet atau helikopter tertunai. Keknya mama suruh letak helikopter. Asiklah dok buka peti sejuk selagi tak potong kek.
 

Terima kasih pada tetamu yang datang. Tak sangka ramai juga kawan saya yang datang malam tu. Terkejut tau.
 
 

Terima kasih juga kat semua yang bagi bermacam hadiah dan duit kat Aqil. Aqil suka sangat-sangat. Budak-budak...dapat mainan bukan main suka lagi.
 

Tak habis-habis sebut ''mama...Aqil dapat kompimen(spiderman/batman dan seangkatan dengannya)".
 

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. wow... meraihnya.... selamat hari lahir aqil... semoga menjadi anak yg soleh...

    ReplyDelete
  2. weii awat x npk uols pya seri muka...favourite tok tu ekeke abis pa..haha
    tu lah kami pun terkejut tergempak tgk khemah kat luar..mmg betui sangkaan tok tu khemah uols yang punya..meriah besday party aqil..seronok layan aqil main belon kat ataih tu mulut x henti2 pokpekpokpek nak potong kek hehe

    terima kasih na jemput
    sori muka buruk baru balik dari mandi manda kat sungai kahkahhhkahhh

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Aqil..syok ler dapat banyak hadiah..sori aunty tak dpt datang

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers