Lebih Mudah Membeli Mainan Pendidikan Dengan Toysdirect.my

12:40 PM

Lebih Mudah Membeli Mainan Pendidikan Dengan Toysdirect.my


Kanak-kanak seusia 5 tahun ke bawah memang suka bermain. Kalau di suruh buat apa pun mereka lebih suka bermain kerana itu fitrah mereka. Begitu juga dengan Aqil. Kalau rumah tak bersepah dengan mainan tu samada dia demam atau tidur sahaja. Bangun dari tidur memang akan bersepah dengan mainannya.

Sebelum ini saya selalu sangat beli mainan seperti kereta dan lori. Rasanya dah berpuluh kereta dan lori dia ada…hahaha…itu je la yang senang nak beli pon untuk budak lelaki.  Bila Aqil dapat hadiah set permainan dengan trek baru saya perasan yang dia sudah mampu mencantum trek yang ringkas tanpa bantuan. Dari situ saya mencari-cari permainan ke arah pendidikan atau education toys berbanding mainan biasa dan terjumpa online shop menjual pelbagai education toys iaitu Toysdirect.my.


Kenapa online shop?

Tahu-tahu je la kan, budak-budak ni pantang tengok mainan semua dia nak beli. Kalau dia dah berkenan benda tu memang kena beli. Jadi dari kena beli macam-macam mainan yang lain baiklah beli melalui online. Klik, pilih dan bayar pastu tunggu barang sampai saja. Tak perlu nak bersesak-sesak di pasaraya.

Toysdirect.my

Toysdirect.my telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan telah berkhidmat untuk masyarakat selama 2 tahun. Fokus utama Toysdirect.my adalah pada permainan berpendidikan, Montessori material dan buku. Toysdirect.my merupakan peruncit yang menjual permainan berpendidikan dengan harga yang murah dan mampu milik.
 

Terdapat pelbagai permainan berbentuk pendidikan seperti flash card, marvelasy, sand table, Montessori material dan buku di jual di Toysdirect.my ini. Rambang mata nak pilih. Saya berkenan 2 benda ini di Toysdirect.my. Aqil mesti suka.

ELC Construction Train Set. Disebabkan Aqil minat sangat dengan keretapi jadinya saya sangat-sangat berkenan dengan set ini yang di jual di Toysdirect.my.
 
Set lengkap ini ada 70 pcs. Bolehlah Aqil membina landasan keretapi sendiri yang akan merangsang daya imaginasi dia nanti.


Education toys yang kedua pula saya sukakan Carpenter Nut Combination Building Set.


Diperbuat daripada kayu dan tidaklah berat sangat. Didatangkan dengan 20 contoh binaan yang boleh di reka menggunakan carpenter nut set ini. Menarikkan?
 

Antara contoh binaan yang boleh direka menggunakan carpenter nut set.
 
 

Ini bukan saja anak yang teruja tapi mak bapa pun mesti teruja sama bila dapat buat binaan ni.

Di Toysdirect.my ada permainan yang ready stock dan ada juga yang pre-order. Kalau nak cepat kena beli yang ready stock. Untuk yang ready stock, parcel akan di hantar dalam tempoh 1-3 hari selepas bayaran di buat dan di terima. Manakala yang pre-order pula, memakan masa lebih kurang 4-6 minggu selepas tarikh pembayaran. Cara penghantaran pula melalui Poslaju, Pos Domestik atau Self Collect.

Jom bershopping barang mainan yang bermanfaat buat anak-anak anda di Toysdirect.my dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.


Untuk pembelian dan keterangan lanjut, sila layari :-

Website : http://www.toysdirect.my/

Facebook :
https://www.facebook.com/toysdirectmy/

Email : toysdirect.my@gmail.com
Whatsapp : 012-6067310


TOYSDIRECT.MY
"Inspiring Imagination & Play"


You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Bukan anak2 je yg suka nanti..mak budak pun join sekali kot...hihi

    ReplyDelete
  2. Menarikkk! Sambil bermain boleh belajar hehe

    ReplyDelete
  3. Betul..on9 shopping je senang..kalau bwk depa ka...semua depa nak amik...
    Ank kami tu haa contoh terdekat...
    Pitam mak dia

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers