Jalan-jalan | Langkawi Short Vacation | 4th Anniversary Getaway Part 3 || Oriental Village Langkawi, Sky Cab, Sky Rex, Langkawi Duck Tour & Dataran Lang

2:45 PM

Langkawi Short Vacation | 4th Anniversary Getaway Part 3



Sambung lagi short vacay ke Langkawi baru-baru ni. Klik link tu kalau nak tau info tentang Langkawi Wildlife Park dan Laksa Kaw Ikan Sekoq Tepi Airport. Klik sini untuk Hotel Harga Berpatutan dan Makan Seafood Segar di Langkawi.



Bangun pagi-pagi hari kedua tu Aqil dah minta nak mandi 'olam dan lut'. Lepas ja sarapan kepci idaman Aqil selalu di Plaza Cenang bersebelahan Hotel Langgura Baron Resort kami terus ke Pantai Cenang. Masa ni orang tak ramai lagi so saya join sekali mandi laut....hahaha....takde la segan sangat.




Lepas ja mandi laut kita balik hotel mandi kolam plak. Kami je la masa tu konker kolam. Sakan budak debab tu mandi hari tu.





Oriental Village Langkawi

Sky Cab


Cadangnya tengahari tu nak naik cable car ke Gunung Mat Cincang. Semangat kami ke Oriental Village Langkawi. Sampai sana parking kereta full. Melilau-lilau jugak la carinya. Patutnya hari Isnin bukan cuti sekolah kawasan ni lengang tapi kami silap percaturan. Rupa-rupanya penuh dengan pelancong dari luar negara.





Laju-laju nak pi beli tiket Sky Cab sekali tengok.....pffffffttttt....ramai gila kot beratur nak beli tiket. Tu baru nak beli tiket belum lagi hat beratur tunggu turn nak naik atas. Kat atas tak tau plak ramai mana dok ada kat situ.





Muka sheben kita dah lain macam dah. Dia bukan ada semangat kental macam wife dia ni nak beratur lelama. Bincang-bincang kita ingat nak masuk Sky Rex plak.


Sky Rex


Sky Rex ni antara tarikan terbaru kat Oriental Village. Boleh rasai sendiri pengembaraan ke zaman dinasour di situ. Jalan-jalan kat situ terjumpa trex ni so suruh Aqil berdiri kat sebelah trex nak tangkap gambar. Masa tengah berdiri tetiba ada awek sorang tu berdiri kat sebelah satu lagi sambil pegang trex ni. Terkejut Aqil dan awek tu sebab trex tu bergerak sambil mengeluarkan bunyi. Aqil dah lari lintang pukang dah. Aduhai....potong betul la.





Setelah di pujuk-pujuk sikit pon dia takmau dekat. Terpaksa la abah dukung Aqil. Tengok la gaya Aqil. Takut sampai peluk abah camtu sekali.





Naik jejak kat tangga Sky Rex pon dia takmau sebab ada dinasour kat luar tu.




Banyak tarikan terbaru di Oriental Village ni antaranya :-
  • Sky Cab
  • Sky Dome
  • Sky Rex
  • 3D Art Museum dan banyak lagi




Boleh klik Panorama Langkawi untuk mengetahui info dan harga tiket masuk untuk ke setiap tempat yang ada di Oriental Village Langkawi.



Langkawi Duck Tour

Dah pusing sana sini akhirnya kami ambik keputusan naik Langkawi Duck Tour. Ini je la yang mampu ikut mood anak. Tengok la muka dia....dah kembali ceria bila nak naik Duck Tour ni.




Harga untuk Langkawi Duck Tour untuk seorang :-
Dewasa (19-60 tahun) RM38
Kanak-kanak (4-18 tahun) RM22
Warga emas (60+ tahun) RM22
Kanak-kanak bawah 4 tahun PERCUMA

Langkawi Duck Tour beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 7 petang mengikut keadaan cuaca.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit.



Muka ada happy bila dapat naik Langkawi Duck Tour. Yang mak pak ni dah berpeluh-peluh dah sebab panas.



Dari Oriental Village Langkawi Duck Tour akan keluar di jalan raya melalui Pantai Kok dan turun ke pantai.



Dari atas Langkawi Duck Tour kita boleh lihat permandangan laut yang cantik di Pantai Kok sambil menghirup udara segar melalui Telaga Harbour Park.

Dari situ tengok kapal layar Jalur Gemilang yang digunakan oleh Datuk Azhar Mansor semasa pelayaran solonya mengelilingi dunia dahulu.



Yang paling menarik minat saya kapal ala-ala kapal pedagang Cina dahulu kala ni. Unik dan menarik.







Dataran Lang


Dari Oriental Village kami patah balik ke Dataran Lang nak bawa Aqil tengok burung. Dari sampai Langkawi dok sebut nak tengok burung tu je la masa dia nampak kat parking kereta jeti Langkawi.



Dari jauh suka sangat dia. Sendiri offer nak tangkap gambar. Bila dah jalan dekat tetiba dia lepas tangan saya dan lari patah balik. Aduhai....jenuh mengejar.

Rupa-rupanya Aqil takut bila tengok burung helang yang besar ni siap pakej menangis plak tu @____@

Aduhai la anak oiiiii....semuanya hang takut ni pasaipa?



Pujuk punya akhirnya dapat gakla bergambar dengan muka takut dan kaku.




Balik dari Dataran Lang sempat singgah beli minyak angina segala dan singgah beli coklat kat The Zone Duty Free Pantai Cenang. 5 minit ja jalan kaki dari hotel kami menginap.

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. hahahahaha travel ni kena ikut mood anak kan
    yg sky cab tu kena awal2 pagi canak kat kaunter tu..lau dah kul 9 10 tu dah ramai org

    ReplyDelete
  2. hahaha.. muka aqil tudia. xdpt la nk naik cable car. baju beli pon dh jd kecik nmpk sgt lma dh tak p

    ReplyDelete
  3. kalau bercuti dengan anak kecil memang banyak kena ikut mood anak..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers