Kisah Mistik | Tetamu Tak Di Undang

11:10 AM

Kisah Mistik | Tetamu Tak Di Undang


Ini adalah kisah mistik dari pengalaman saya sendiri selepas berpindah ke rumah sewa yang baru kami duduki selama 2 bulan. Sejak berpindah ke sini Aqil memang kerap menangis malam tapi masa tu saya fikir mungkin budak baru nak besar suka buat perangai.

Dahulunya saya sangat tidak percaya pada kisah-kisah seram ini sampailah saya sendiri alaminya.

Satu hari suami wasap cakap nak hantar lori kat Tanjung Piandang. Aqil(anak kami) tinggalkan sesiap kat rumah mertua.

Balik dari kerja nanti saya follow lori dengan kereta. Lepas hantar lori kami akan balik sama-sama tapi last minit suami ubah plan. Dah lambat nak hantar lori dalam jam 10 malam suami akan hantar dengan abang ipar. Saya tunggu kat rumah sampai suami balik.

Ok fine...lagi senang. Lagipon saya boleh la setelkan keja rumah sementara tunggu suami balik dan kebetulan Aqil pon takda lagi la senang buat keja.



Lepas setel keja rumah segala saya duduk kat kerusi meja makan sesambil tengok tv dan tangan ni dok wasap group keja dan member sekolah segala. Memang tak terpikir apa pon.

Tiba-tiba.....




greng greng greng greng....




Saya terus terpaku. Kaku di situ tak bergerak. Pandang jam 12.05 malam. Meremang bulu roma.




Allah...bala apa yang datang ni.Dah la sorang-sorang ni.




Seminit dua lepas bunyi berhenti dengar bunyi lagi. Itu bunyi stereng kereta kontrol Aqil pusing kiri kanan dari dalam bilik tidur. Saya memang letak kereta tu dalam bilik sebab kekadang bila Aqil bangun ada benda dia nak main. Aqil memang suka buat camtu bila naik kereta kontrol ni sebab dia tak pandai nak pijak pedal kereta lagi.











Saya diam lagi. Tangan terus wasap suami tanya dah sampai mana. Pastu bunyi lagi.




greng greng greng greng....

Allah....Allah...Allah....kenapalah time camni kau nak tunjuk ni. Jangan la tunjuk rupa....jangan la tunjuk rupa...




Dengan perasaan berani-berani takut saya berdiri depan pintu bilik tidur. Memang saya nampak stereng kereta tu dok kekiri kekanan dengan sendiri tapi tak nampak benda tu. Allah....bulu roma toksah dok cakap la...cheqing kata orang Utara. Dengan berani-berani takut tu saya cakap kuat-kuat...




'Kalau nak main pon tunggu la aku takda satgi. Ni mentang-mentang aku dok sorang pandai pulak hang nak mengusik.Pi main jauh-jauh.'

Stereng tu berhenti bergerak. Yang dengar hanya suara dari TV.

Alhamdulillah...dia dah takda.

Saya duduk kembali kat kerusi tup tup bunyi lagi. Saya berdiri depan pintu lagi sekali.




'Aku takmau nak main dengan hang la. Jangan dok main kasaq. Satgi aku main kasaq jugak baru hang tau.'




Macam di ejek-ejek stereng keta terus ke kiri ke kanan. Saya terus suis off TV buka MP4 pasang surah-surah Al-Quran yang saya simpan dalam MP4 tu dalam terketar-ketar. Masuk bilik air ambil wudhuk baca Al-Quran. Terus takda dah acah-acah main stereng. Alhamdulillah lega.

Tenang.




Suami wasap cakap dah nak sampai dalam 1 lebih terus saya turun cepat-cepat tunggu kat tangga.




Kenapa saya tak keluar rumah time kena kacau tu?

Saya nak pi mana....kereta pon takda.Jenuh nak melangut kat luar rumah sebab tak tahu suami nak sampai pukul berapa.




Habis kes ni saya diamkan saja. Tak cakap kat suami. Kalau saya cakap mau kami pindah rumah lain lagi lepas tu. Suami pon naik hairan bila malam saja saya mesti pasang surah-surah dari MP4 sampai ke Subuh tapi sejak pasang tu Aqil dah tak menangis tengah-tengah malam macam dulu. Lena ja tidur sampai pagi.

Alhamdulillah....sekarang dah tak ada gangguan macam tu setelah 2 tahun peristiwa ni. Harap-harap takkan berlaku lagi. Seram hoi...dan sekarang bila malam saya memang akan rasa fobia bila suami balik keja lambat. Takut 'dia' muncul tunjuk muka...huhuhu....









Moral of the story :- Bila dah ada anak kecik kurangkan aktiviti keluar waktu Maghrib ke malam sebab anak kecik ni nampak benda-benda yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. Kena perbanyakkan lagi membaca Al-Quran dalam rumah.Kadang tu bila rajin ja buat itu yang makhluk alam satu lagi suka sangat bertandang.

-----------------------------------------------------------



Sinopsis Volkswagen Kuning


MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.






Contest ini merupakan anjuran Bro Framestone dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn. Bhd. Selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning.



Pada blogger yg berminat nk join “Blogger Contest” – Filem Volkswagen Kuning bole klik link http://www.broframestone.com/2016/09/bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning/ 

dan boleh memenangi smartphone #OPPOF1s yang merupakan smartphone #SelfieExpert.
Jom sama-sama memeriahkan contest ini.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. seramnya kak.. berdiri bulu roma T_T
    btw follow blog akak #680 follow back and keep in touch :D

    ReplyDelete
  2. Seram juga tu..
    Kalo kene kat Kaklong tak tau la..

    ReplyDelete
  3. iols pun ada kisah seram gak..tp kena join contest dulu baru cerita kat uols hahah gud luck zai...igt ye janji kita tu hahaha

    ReplyDelete
  4. ekin masa kat rumah bunyi macam2 atas siling rumah.. ada guli la.. seram...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers