Alhamdulillah...Aqil Dah Free Diaper

4:51 PM

Alhamdulillah...Aqil Dah Free Diaper


Menginjak ke 3 tahun bulan depan Alhamdulillah Aqil dah free diaper. Itu pon 2 tahun 9 bulan baru la ajar sikit-sikit selepas ambik keputusan nak masukkan dia ke sekolah tahun depan.


Yang jadi lambatnya sebab ajar time cuti Sabtu Ahad. Kalau hari kerja masih berlampin pakai buang tapi jarang sangat dia nak kencing. Balik malamnya tak pakaikan lampin pakai buang sampai masa nak tidor baru pakaikan balik. Itu pon jenuh tiris beberapa kali.

Mula-mula tu tiap-tiap sejam tanya nak kencing ke tak. Kadang tu dia tak kencing pon tapi paksa gak kencing....hahahaha...
Pastu dah sejam ok tanya plak tiap-tiap 2 jam.

Sekarang ni Alhamdulillah siangnya memang Aqil dah free diaper...bila dia nak kencing dia sendiri cakap nak kencing dan buka seluar terus ke bilik air sendiri. Kencing plak duduk cangkung dan basuh sendiri kencingnya. Saya siap pesan basuh banyak-banyak kali.

Malamnya saya masih pakaikan lampin pakai buang sebelum tidor tapi kadang tu bangun pagi masih kering tak kencing pon lagi. Bila dah tengok macam ok dah konsisten dia tak kencing malam saya gantikan dengan cloth diaper dia dulu-dulu. Takut gak la tercicir tengah malam tak memasal nak jemur tilam tepi koridor flat....hahahaha....

Cumanya sekarang ni saya dah save banyak duit untuk lampin pakai buang dia. Beli stok pon pek kecil yang 10 keping 12 keping habuan nak jalan jauh.

Insyaallah akan berusaha lebih keras lagi untuk Aqil free diaper bila berjalan jauh untuk persediaan dia masuk ke sekolah tahun depan.



You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. Alhamdulillah Aqil dah ikut jejak Boboboy free diaper.. jimat duit zai untuk diaper kan..

    ReplyDelete
  2. bestnya.. luth ni dah 3 tahun pakai lagi.. hr tu try ajar sehari.. 3 kali kencing..
    sekali tu kelakar, dia tgh main kat luar..lepas tu blk rumah ckp dah kencing..adoi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak zai, ada tips tak potty train anak yg belum reti cakap? Hehehe jenuh gak tanya2 takde jawab. Tahu2 je terbabas bocor hahaha

    ReplyDelete
  4. congrats to aqil. congrats to mommy also

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah tahniah mama tahniah Aqil gebuuuuu. kira dulu bila berjalan jauh (terengganu kelantan) bawak toilet train yang kecik tu. letak dalam kereta. dalam toilet bowl tu letak pampers dia sehelai. habuan untuk serap air kencing nanti. sebab uwais memang takmo dah pakai pampers sejak2 free diapers. nak pulak masa travel tu baru je sebulan cenggitu free nya. risau la kita ni.

    alhamdulilah ok je. cuma ada sekali je terbabas masa dia tido siang. org kata sebab letih travel. dia tak terjaga nak bangun kencing.

    ReplyDelete
  6. wwaaaaaa
    good boy aqil
    abam fayyadh baru jaaaa free diapers he3

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^