Jalan-jalan | Langkawi Short Vacation | 4th Anniversary Getaway Part 2 || Langgura Baron Resort & Medan Selera Nelayan Bukit Malut

11:45 AM

Langkawi Short Vacation | 4th Anniversary Getaway Part 2


Langgura Baron Resort Langkawi | bilik besar harga murah


Lepas ja makan laksa kaw ikan sekoq tepi airport kami terus gerak ke hotel yang di tempah. Risau jugak sebab ini pertama kali kami stay kat Pantai Cenang. Masih tak dapat bayangkan Pantai Cenang yang dulu saya pernah sampai beberapa tahun lepas dengan kawan sekolah masih sama atau tak. Dari kejauhan dah nampak nama hotel. Alhamdulillah....tak susah pon nak cari sebab Langgura Baron Resort betul-betul di tepi jalan utama Pantai Cenang.


Pada mulanya saya tempah hotel yang lain betul-betul mengadap laut tetapi memandangkan abah Aqil tetiba ubah date bercuti makanya untuk date baru tu semua bilik di hotel lama dah penuh. Memang frust gak la terpaksa kansel bilik tu. Memang takda rezeki. Lastly saya booking Langgura Baron Resort melalui Booking.com.




Kenapa saya pilih Langgura Baron Resort? Yang pertama sekali mestilah harga dia yang agak berpatutan. Yang keduanya dah tentu-tentulah sebab parking keretanya. Langgura Baron Resort ada parking keretanya yang tersendiri untuk pelanggannya. Kita dah sewa kereta orang takkan nak parking ikut suka ja. Kalau boleh kita nak tidur malam dengan aman dan tenang tanpa memikirkan masalah kereta. Lagipon pintu masuk parking ada staff yang jaga dan di sepanjang jalan Pantai Cenang ni masih melakukan penambahbaikkan struktur jalan raya. Nak parking tepi-tepi jalan pon jadi takut sebab jalannya sempit. Kang tak memasal calar balar kereta orang jenuh plak nak bayar ganti rugi.





Yang ketiganya sebab Langgura Baron Resort mempunyai kolam renang. Walaupon kolam renangnya tak besar mana janji dapat bagi kepuasan pada anak kami mandi-manda.





Lepas ja check-in masuk je bilik....phewwww...rasa berbaloi sangat dengan harga yang dibayar. Bilik besar harga murah di lokasi perlancongan. Mana nak dapatkan?


Katil dia besar. Memang muat kami bertiga tido dengan selesa. Kalau katil kat rumah tu jenuh berhimpit gakla kalau tido bertiga dengan size kami yang besar ni...hahaha...




Bilik ni saya request mengadap laut Pantai Cenang tapi lupa plak nak tangkap gambar permandangan masa matahari jatuh dan naik. Ruginya rasa. Ada sofa 2 seater dan meja kopi, tv lcd, meja tulis, minibar dengan cerek dan mini petisejuk, almari dan juga peti keselamatan. Tandasnya pon besar dan bersih beserta kelengkapan dandanan.





Dah belek-belek bilik...rehat sebentar sebelum turun mandi-manda.

Tudia...beach boy dah bersedia nak mengawal keadaan pantai turun dah.





Dari hotel kami perlu melintas jalan Pantai Cenang dan melalui satu lorong untuk ke pantai. Subhanallah...pasir dia...putih halus lembut. Sukanya...sukanya....

Budak debab ni la paling suka. Macam-macam aksi dia buat...hihihi...





Aqil mandi kat tepi-tepi ja hari tu sambil di pantau oleh mamanya ni. Kekadang ja abah bawa dia mandi ke tengah sikit. Risau sangat sebab ombak terlampau kuat dan besar masa tu. Permandangan pantai kat tempat duduk tak dapat nak ambik. Banyak sangat sesotong berjemur....hihihi...





Balik dari mandi-manda di pantai sempat la makan pizza hut size sederhana berkelah kat tepi kolam lapik perut. Pizza hut cuma bertentang dengan Langgura Baron Resort. Sambung plak mandi kolam. Kat sini saya mandi juga sebab ada mak-mak arab mandi-manda dengan jubah selamber ja....hahaha...apalagi...join sekali la.





Kalau nak menginap di Langgura Baron Resort ia cuma bersebelahan dengan Cenang Plaza.





Medan Selera Nelayan Bukit Malut Langkawi | Makan seafood sedap dan murah


Malamnya selepas Maghrib misi jalan-jalan cari makan. Abah Aqil memang jenis suka makan. Anak dia pon jenis yang sama so jom cari makan sedap-sedap. Mama dia ni cuma tukang perabis...hahaha... Abah Aqil suka seafood, apalagi moh terjah Medan Selera Nelayan Bukit Malut.

Tak susah pon nak pi Bukit Malut dari Pantai Cenang. Ambil masa dalam 17 minit melalui jalan belakang yang berbukit dan selekoh tapi hati-hati. Jalannya agak gelap dan jarang dilalui kenderaan.

Kat sini nak makan seafood fresh memang best la. Macam-macam ada antaranya siakap, kerapu, pari, ketam, udang, kepah, lala dan sotong. Pilih ja mana berkenan dan sedia duit banyak-banyak. Eh...nak suruh buat sambal petai pon boleh sebab ada juga petai kat tempat pemilihan ikan dan udang tu.




Ada 2 kawasan tempat duduk. Satu kat bawah bumbung macam kami duduk ni dan satu lagi kat replika kapal. Kat situ memang sentiasa penuh.



Ini yang kami order.

Siakap bakar garam kunyit.



Ketam masak kari.



Lala masak air style utara.



Hidangan ini didatangkan dengan ulam-ulaman dan sambal belacan serta buah tembikai. Mengah jugak la nak perabis semua ni. Rasa banyak la pulak ambilnya. Nak makan cuma bertiga. Ketam masak kari tu memang superbbbbb. Harga sekali air dan 5 pinggan nasi cuma RM72 harga yang lebih kurang kami makan di Penang. Bagi kami ia masih murah.

Ampa kalau pi cuti-cuti kat Langkawi nak makan seafood yang fresh boleh terjah sini na.



You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. memanggil2 aih...haritu kami pergi medan selera nelayan tu tapi ketam & udang takda/tak sampai lagi..tu yang x jd makan kat ctu..next time kena p laa..

    ReplyDelete
  2. Comel tgk Aqil dengan topi koboinya.. Nampak excited Aqil nak mandi-manda. ;)

    ReplyDelete
  3. syoknyaaaa hotel bru siap ni sbb dlu xdak pon.. syok tgk aqil mcm xmau balik. hahahaa

    ReplyDelete
  4. Bestnya hotel tu...
    Bilik cantik dan besar.
    Tak tau bila thun pulak nk p lkawi
    Kami pernah lalu bukit malut tu mlm2..
    Rsa scary..rupa2 nya kwan ckp org lkawi pun xlalu sgt kot tu mlm2😂😂😂

    ReplyDelete
  5. tulah kalo boleh nak nginap hotel yg ngadap laut bukak2 pintu npk laut bestkan..tgk pasir pantai tu pun best
    en. hubs ada gak ajak p sana..tp berat skit nak pi
    sbb mcm xda pa pun situ heehehe

    ReplyDelete
  6. Kak zai bapa harga hotel huhu. Km duk dekat landcons tu ada swimming pool jugak tapi bilik kecik. Uhuksss

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^