Anugerah Kami | Bila Aqil Mula Belajar

4:37 PM




Anugerah Kami | Bila Aqil Mula Belajar


Ingat tak dulu saya cerita yang Aqil lambat bercakap sampaikan saya risau buka main. Ni ha video Aqil usia 2 tahun 5 bulan yang dah kenal ABC dan dia boleh kenal huruf atau mengeja perkataan tanpa membunyikan sebutan. Kiranya dia tak hafal huruf tapi memang kenal huruf tapi masa ni dia tak pandai nak gabungkan 2 perkataan dalam satu ayat lagi.





Alhamdulillah...sekarang dah bermacam ayat yang keluar dari mulut dia.

Tahun hadapan saya target nak hantar Aqil ke PASTI setelah dibincang dan timbang tara. Memulanya nak hantar ke tadika cina sebab abahnya nak dia belajar bahasa mandarin tapi setelah di kaji-kaji saya terpaksa tolak. Banyak benda kena fikir. Yang paling penting bab makanan dan bab kencing verak dia.

Abah Aqil bila saya cakap nak hantar ke PASTI terus belikan Aqil muqaddam. Jadinya tetiap malam la mengajar dia kenal alif ba ta.
 







Sehari 10 minit ja mengaji. Tak boleh lama-lama nanti dia cepat bosan.







Alhamdulillah...sekarang bila saya lupa nak mengajar mengaji dia sendiri akan ingatkan saya "mama nak baca" sambil tunjuk ke muqaddam kat atas meja. Sekarang pon dia dah boleh beza huruf jawi dan rumi. Bila pegang surah Yassin yang kecik tu automatic mulut dia dok sebut alif ba ta.

Harap Aqil tak jemu belajar dan mengaji la ye.




You Might Also Like

9 apa kata anda?

  1. good luck Aqil! such a brilliant boy 👏👏👏😄😄😄

    ReplyDelete
  2. awww chubby nyerrrrr geram tengok ^_^

    ReplyDelete
  3. alahai comel aqil :)
    ok la tu zai, dia nak ngaji sendiri kan. mudah la zai.
    izzat ikut ari bulan. time dia rajin ok.
    time dia tak kuasa nak layan kita utk learning session, takkan dilayan nyer kita.
    hu hu hu hu aqil jugak yg lebih bagus. komited ngaji :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah anugerah terindah buat kak zai...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers