Raya 2016 | Hari Raya Ke-4 dan Ke-5 di rumah member FDR

11:23 AM

Raya 2016 | Hari Raya Ke-4 dan Ke-5 di rumah member FDR



Sambung lagi pasal raya. Selagi tak habis...hahaha... Takdelah...ini yang last untuk setakat hari ini.

Hari Sabtu abah Aqil dah mula bekerja. Jadi pagi-pagi tu saya ikut abah Aqil sekali dan balik rumah kononnya nak mop rumah yang seminggu kami tinggalkan dan mendobi baju raya. Tup-tup masa lunch tu jadi keja plak saya beraya rumah cik Aini member FDR(kawan dari sekolah menengah sejak 20 tahun lepas). Time ni la boleh jumpa pon. Cik Aini keja kat Damansara nun. Nak jumpa memang susah la nak-nak plak semua pakat kawen.

Perjalanan ke rumah Cik Aini ambil masa sejam juga la. Hari Sabtu orang pakat balik menuju ke Selatan. Highway memang tengah jem masa tu. Naseb la Cik Ty kita terer jalan ke Tasek Mutiara. Kami ambik jalan bawah dan sampai dengan jayanya.


Hari ni pakai baju dari batik Sarawak hadiah dari Cik Ty kita. Nasi tomato Cik Aini masak sedap. Dua kali tambah kot...hihi...Kami 5 orang ja yang dapat hadirkan diri. Yang lelain ada yang terpaksa patah balik sebab terlampau jem dan anak mula buat perangai. Anak-anak kami? Semua sibuk dok main kat laman luar yang luas.

Balik dari Tasek Mutiara kami tala ke Permatang To' Jaya umah Mamaneh plak. Saja singgah raya yang kebetulan saya dan Cik Ty tengah free sesangat hari ni. Dok wasap kawan-kawan dalam group FDR Cik Diba plak ajak ke rumah dia di Taman Sutera. Dan memang kebetulan jugalah memang Cik Ty nak hantar saya balik kat area situ jadi menyinggah sekejap sesambil makan homemade pizza. Tiga biji gak licin...hahaha...Nampak nau lapar.
 

Ahad hari raya ke-5 saya balik rumah tok Besah. Saja singgah dan memang terbiasa Sabtu Ahad kat rumah tok Besah jadi kena juga singgah. Kalau tak singgah rasa tak lengkap cuti hujung minggu.
Tengah dok masak nasi member FDR ajak ke rumah Cik Zam. Alang-alang dah dekat jom terjah umah Cik Zam di Taman Penaga yang tak sampai 10 minit dari rumah tok Besah.
 

Alhamdulillah...walaupon tak semua member FDR dapat berjumpa tapi ukhuwah yang terjalin antara kami masih tetap utuh walau hubungan ini sudah menjangkau lebih 20 tahun. Untuk semua sahabat FDR, AKU SAYANG AMPA SEMUA....MUAH CIKED ^.-

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^