Raya 2016 | Cerita beberapa hari sebelum raya

11:58 AM



Raya 2016 | Cerita beberapa hari sebelum raya


Ini cerita beberapa hari sebelum raya. Kali pertama family kecil saya berbuka puasa di luar bayar sendiri. Kalau event buka puasa tak dikira la ye. Itu time bekerja.

budak tak poca ngap dulu

Order hidangan yang simple. Ikan siakap 3 rasa, sup tulang dan sayur kalian ikan masin.
Lepas makan kami nak mencari baju Melayu pak dan anak masa ni. Itu yang gagahkan diri berbuka di luar. Selalunya hari minggu berbuka di rumah tok Besah/tok Jah/rumah sendiri ja.

Kalau berbuka umah tok Besah mesti tok Besah suruh buat kuih-kuih lama untuk berbuka. Lagipon senang ja. Kelapa parut mesin sendiri. Daun pisang ambil ja belakang rumah maka kejadian lepat pisang pon berlaku dengan jayanya. Buat banyak-banyak sebab nak bertukar juadah dengan jiran dan juga anak menantu yang tinggal berhampiran umah tok Besah.



Tahun ni rumah tok Besah berseri-seri dengan pelita. Ni semua abah Aqil punya keja. Balik ja dari keja terus dok pacak pelita kat luar rumah. Dulu masa zaman muda remaja tiap rumah kat umah tok Besah tu pasang pelita. Sesejak 6 7 tahun lepas mengikut peredaran masa takda sapa pon pasang pelita. Yang ada cuma lampu kelip kelap. Memang berseri bila tengok lampu kelip kelap berbagai warna dan design tapi feel raya tu kureng sikit.



Naha....sepanjang jalan abah Aqil pasang. Suka bukan main Aqil hari tu.



Isnin sebelum raya abang Johor sampai. Meriah umah tok Besah. Anak-anak sedara pon semua dah besar-besar. Dah sama besar dengan Mak Teh depa ni. Tahun ni last Along beraya di Malaysia. Bulan 10 nanti nak sambung medic kat India.

Tengahari sebelum raya sempat teman kak ipar ambil stok baju untuk kedai bajunya di Johor. Rambang mata dok pilih stok. Dapat la sorang selai untuk saya dan Aqil habuan tolong pilih....hahaha...Alhamdulillah...rezeki.



Balik dari ambil stok baju baru la masuk dapur masak hidangan berbuka, rendang dan kuah kacang segala bagai. Kejadian waktu tu tidaklah di rakam sebab semuanya sibuk.

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. kat kampung akak ada lagi pasang pelita cam gitu. org perak panggil panjut. selalu buat di malam 27 ramadhan.
    tapi tu lah lupa lak nak potretkan sebagai kenangan.

    seronok lah tolong kak ipar dapat baju free

    selamat hari raya zai...

    ReplyDelete
  2. semenjak duduk rumah flat dah tak pernah pasang pelita T_T

    ReplyDelete
  3. lampu pelita tu kalau xde mcm x raya je kan..barulah meriah
    siap ngan main mercun bunga api lagi
    lepat pisang tu mmg kesukaan iols

    ReplyDelete
  4. meriahnyer raya..pelita tu kami x pasang..tp jiran sebelah pasang sampai depan rumah kami..kira tumpang sekaki jer laaa

    ReplyDelete
  5. meriahnya lampu pelita dekat laman rumah.. baru la raya ni

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^