Warna-warni Ramadan Buffet Ixora Hotel Penang

4:50 PM

Warna-warni Ramadan Buffet Ixora Hotel Penang


Bula Ramadan bakal menjelang tiba. Masa berbuka puasa mesti bermacam juadah kita ingin cuba. Tengok tu nak makan, tengok yang ni nak makan. Rasa semua-semua la nak makan. Kalau ke bazar Ramadan mau tak cukup tangan nak pegang.

Jangan risau, Ixora Hotel Penang menawarkan buffet berbuka puasa sepanjang Ramadan nanti. Memilih tema WARNA-WARNI RAMADAN BUFFET untuk kali ini, ada bermacam-macam juadah di Ixora Hotel Penang. Makan selagi mampu...hihihi tapi harus berpada-pada ya. Jangan plak makan banyak sampai tak boleh menunaikan ibadat kita pada yang satu.

Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan juga kuih-muih sebagai pencuci mulut atau 'starter' sewaktu berbuka. Tak dilupakan pelbagai jenis kurma turut tersedia dan juga air berperisa pelbagai rasa.


Yang paling special kat Ixora Hotel Penang buffet Ramadan adalah 'Roasted Australia Whole Baby Lamb' yang sentiasa dihidangkan setiap hari sepanjang Ramadan.


Diperap dengan pelbagai rempah ratus dan herba selama 2 hari untuk mendapatkan rasa yang sempurna sebelum di panggang selama 5 jam untuk mendapatkan texture dagingnya juicy.


Di buffet Ramadan Ixora Hotel Penang juga diadakan 'live cooking' setiap hari dihidangkan panas-panas untuk anda. Menu akan bertukar setiap hari samada char koay teow, mee goring atau lain-lain lagi.

Terdapat juga ais kacang, laksa Johor serta pasembor di buffet Ramadan Ixora Hotel Penang.

Menu utama di buffet Ramadan Ixora Hotel Penang sedap-sedap belaka.
Semua wajib cuba. Tak cuba menyesal tau.









nasi rampai aidilfitri






ikan patin tempoyak yang mengancam dari resepi turun temuran keluarga chef Nasir


daging rending maharani resepi turun temurun keluarga chef Nasir





masak lemak pucuk paku

seleksi ulam-ulaman, salad, sambal belacan pelbagai jenis dan juga jeruk bang Ali kita

Satu lagi tarikan di buffet Ramadan Ixora Hotel Penang adalah shawarma chicken yang dihidangkan setiap hari. Menggunakan daging ayam yang segar yang diperap bersama-sama 4 jenis rempah rahsia dan dihidangkan dengan sos homemade dari dapur Ixora Hotel Penang. Memang sedap.



Terdapat juga pisang goring, keropok lekor dan juga aiskrim Malaysia pelbagai perisa. Mana nak dapat macam ni kan?

Satu lagi yang sedap di buffet Ramadan Ixora Hotel Penang adalah sup ekor berjintan dengan roti. Malam tu saya tak ambil roti sebab dah kenyang. Supnya memang sedap. Penuh dengan rempah ratus. Isinya pula lembut. Memang tak sedap habis semangkuk saya makan.



Yang ni very recommended.

Sewaktu berbuka puasa pengunjung dihidangkan dengan persembahan secara lansung muzik klasik dari Omara Group.



Bagi pengunjung yang berminat nak berbuka puasa di Ixora Hotel Penang, anda jangan risau surau juga disediakan di tingkat 1.


Bagi yang berminat :-

Waktu Buffet Ramadhan
13 Jun - 4 Julai 2016
7.00pm - 10.00pm


Harga
RM 72 nett Dewasa
RM 45 nett Kanak-kanak (ketinggian antara 0.9 - 1.2 m)

*Early bird voucher at RM 68 nett each, first come first serve, limited only
Special at Buy 9 GET 1 FREE (equivalence RM61.20 nett each)

Untuk Tempahan
info@ixorahotel.com
04-382 8888





You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. oohoiii melampau2 kan menu..sedapnya!!

    ReplyDelete
  2. jilat screen tengok menu di atas

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers