Resepi | Buah melaka

12:33 PM

Resepi | Buah Melaka



Semalam bawa tok Besah sopim untuk raya. Nak beli serba sikit barang dapur segala. Cadangnya nak singgah bazar Ramadan ja balik tu sekali waktu keluar Mydin hujan lebat la pulak.


Dalam kereta kami dok bincang-bincang nak masak apa yang mudah dalam masa sejam. Bajet sampai rumah dalam pukul 6 petang. Lupa plak nak beli mee kat Mydin. Kalau tak mudah cara goreng ja mee tu.

Lepas di congak-congak akhirnya buat keputusan nak buat kuih buah Melaka. Sementara mak solat saya bancuh adunan dan sedia bahan-bahannya.

Bahan-bahan kuih gula Melaka :-
500 g tepung pulut
1 1/2 cawan air (kurang lebih)
1 camca teh pandan paste/pewarna(yang ni kalut-kalut terus lupa letak)
Gula Melaka dipotong kiub, secukupnya
Kelapa parut
Sedikit garam

Cara-caranya :-
  1. Masukkan tepung pulut dalam satu bekas, tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg tidak melekat di mangkuk adunan. Boleh tambah pes pandan/pewarna jika ada dan uli hingga rata.
  2. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
  3. Sementara air mendidih ambil lebih kurang 1/2 camca besar doh. Isi kiub gula melaka, cantumkan dan bulat2 seperti guli. Masukkan terus dalam periuk berisi air tadi. Rebus dalam air mendidih hingga kuih timbul dan biar masak lagi selama 1 minit.
  4. Angkat dan toskan, golekkan dalam kelapa parut yang telah digaul sedikit garam. Buat hingga siap dan boleh dihidangkan...

Dah jadi kuih buah Melaka tanpa pewarna...hahahaha :)

Kenapa tok Besah risau sangat nak kena buah sejenis kuih untuk berbuka?

Kat umah tok Besah tradisi berbalas juadah masih diamalkan. Buat kuih sejenis dapat buka puasa dengan 4 jenis juadah.
 

Untung tak?

Modal kuih buah Melaka pon tak seberapa. Tunggu rajin dengan tak rajin ja....hihihihi...

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. wahhh bestnye...lama x buath kuih buah melaka ni
    senang tp nak buat malas ler haha

    ReplyDelete
  2. Sejak puasa ni tak buat lagi onde onde ni

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers