Bila mama dan Aqil acah-acah backpacker ke Kolumpo 2 hari 1 malam

3:06 PM

Acah-acah backpacker


Alhamdulillah...Berjaya juga mama dan Aqil ke Kolumpo ala-ala backpacker. Konon la backpacker walaupon banyak sungguh pancaroba dan kesilapan yang berlaku. Sadis betul la...huhuhu...


Tujuan asalnya nak melawat mak angkat kat sana yang katanya sakit. Biasalah dulu merantau jauh di tempat orang untuk menimba ilmu. Pastu merempat la merata-rata bila hari cuti tak balik kampung. Lama-lama dah jadi macam keluarga sendiri. Plan dengan kawan kata nak jumpa tapi takda la nak jumpa ramai-ramai. Takut tak jadi ke apa.


Itinerary asal

Jumaat-3 Jun 2016
7.30 pagi - bertolak dari Butterworth dengan bas(abah Aqil payung tiket)
12.30 tengahari - sampai Kolumpo
1.00 tengahari - check-in hotel
1.30 tengahari - ke SOGO lah kiter
2.00 petang - jumpa kawan + makan + SHOPPINGGGGGGG
4.30 petang - ambil anak kawan di taska dan ke Bandar Tun Razak lah kiterrr
7.00 malam - ke Jalan TAR + makan
9.00 malam - balik hotel tido



Pagi Jumaat tu berjalan dengan lancar. Aqil pon senang ja bangunnya pagi tu mandi dan siap-siapkan dia. Mama ni berdoa ja moga-moga dia tak buat perangai dan tak yeyak dalam bas. Cuma bawa satu beg galas belakang(baju mama+baju Aqil+pempes+susu) + beg kecil Aqil(ada botol susu+pempes+sepasang baju+roti) + Doraemon.



acah-acah backpacker



Hahaha...doraemon dan Aqil tak dapat dipisahkan. Tak bagi bawa dia menangis-nangis nak temon dia tu. Mama pon pasrah la usung temon.


Aqil dan temon



Sejam yang pertama jenuh gakla melayan. Sembang macam bas tu dia yang punya. Suara bukan main kuat. Kadang tu siap nyanyi lagu-lagu Didi and friends. Lepas tu mama pon lega. Aqil lena dari jam 9 pagi sampai 12 tengahari. Mama pon lena gak la. Tunggu lagi.


hepi ja dia



Kesilapan dalam trip


Sampai Duta sekitar jam 12.30 tengahari tapi tak turun kat Duta. Time tu jem kan. Takut takda teksi nak ke town. Jadi ambik keputusan turun TBS. Tang sini kesilapan yang mama buat. Tak tanya dulu kawan kat sana. Kat abah Aqil pon tak tanya bas benti mana. Yang tau Kolumpo ja. Main aci redah ja. Ingatkan bas berhenti kat Puduraya macam biasa rupa-rupanya dah lama bas tak masuk situ. Puduraya pon dah tukar jadi UTC. Mama plak pi booking hotel kat depan Puduraya yang kononnya turun je bas terus check-in simpan barang. Kononnya la sekali mama silap. Buang masa dari Duta nak ke TBS...jalan jem. Sampai TBS dekat jam 1.30 petang. Patah balik ke hotel dekat jam 2 petang dah. PENATTTTTTT.....

Bilik yang murah dan cantik



Hati sedikit terubat bila masuk ja bilik hotel. Fuh...selamat cantik, bersih dan selesa. Kalau dapat bilik yang ala-ala ja mau hangin gak la.


bilik di Hotel 99



Dengan harga bilik RM96.48 sen saya dapat bilik di Hotel 99 macam ni di BOOKING.COM


Selesai check-in simpan beg segala kami ke Sogo. Janji nak jumpa kawan di situ pastu nak makan-makan dan shopping.
 

2nd time naik lrt



Ini kali kedua Aqil nek LRT. First time naik dari TBS ke hotel tu muka dia cuak. Senyap tak kata apa. Diam ja...hihihi...takut kot?

Sampai ja Sogo jumpa kawan dan cari makan dulu. Bawa makan kepci idaman Aqil selalu....hihihi...


makan kfc


Kena bagi perut kenyang dulu baru mudah nak shopping. Lepas makan shopping time. Kawan pon nak shopping sikit-sikit baju raya anak dia so boleh la join sekali tapi bila kat level baju budak-budak tu Aqil tak tentu arah. Mainan banyak kat situ. Semua dia mau. Yang tu yang ni....ohoiiiii....tengok harga mahalnya. Lastly mama kena pow Thomas seketoi. Pasrah je la. Ni sebab tak bawak temon dia sekali masa shopping tu la. Takleh nak umpan dah ada temon...huhuhu...



2y7m(Aqil) dan 3y++ beza gila depa dua ni...hahahaha

Tak lama pon shopping sebab semua delay atas sebab kesilapan teknikal kat atas so pukul 4.30 petang kami gerak pi ambil anak kawan kat taska pastu terus gerak ke umah mak angkat. Cadangnya nak balik pukul 7 sekali hujan lebat selebat-lebatnya area sana sampai Bukit Jalil yang depa dok kata ada hujan batu/ais kat sana. Duduk la kat rumah mak angkat siap pakej makan mandi bagai. Pukul 11 malam baru kami gerak balik ke hotel itupon kawan yang hantarkan sebab risau keadaan kami berdua kalau naik LRT. Takut jadi apa-apa kat stesen Plaza Rakyat. Thanks kawan susah payah hantar memalam.


di kopitiam bawah Hotel 99


Hotel 99 Kuala Lumpur


Kenapa mama pilih Hotel 99? Firstly ingat memudahkan kami nak check-in bila sampai dari jauh. Tak perlu nak jalan jauh or naik teksi/LRT bagai nak ke hotel tapi apakan daya mama silap percaturan kat situ. Bas ekspress tak berhenti kat Puduraya lagi...huhuhu. Second sebab ada kopitiam kat bawah hotel. Malam tu masa nak tido lapar la plak. So bawa ja Aqil pi makan kat situ. Mudah. Tak payah nak pi jejauh kalau lapar.

Sebelum tido tetiba Aqil menangis. Allah...dia rindu abah la plak. Menangis-nangis cakap abah tinggal Aqil padahal dia yang tinggal abah dia kat Penang mai jalan-jalan dengan mama. Naseb zaman serba canggih boleh calling video bagai.


Aqil rindu abah


Sabtu 4 Jun 2016
12.00 tengahari - check out + makan
1.00 tengahari - ke KL Sentral
1.30 tengahari - naik HOHO/ ke Aquaria
5.30 petang - balik ke KL Sentral+makan
8.00 malam - bertolak balik naik ETS

Itu itinerary untuk hari kedua. Hope berjalan lancar gak.

Memula lepas check out kena isi perut dulu barulah Aqil ada tenaga nak jalan.


bagi perut kenyang dulu


Aqil kena amukan ablasa


Lepas lunch bagai kami terus ke KL Sentral mengikut perancangan. Nampak gaya macam boleh ja naik bas Hop On Hop Off pusing-pusing Kuala Lumpur. Yang ni memang keinginan mama sebab memang mengidam nak naik masa mengandungkan Aqil tapi apakan daya MOOD Aqil merubah segalanya. Mama baru ja beratur nak simpan beg Aqil dah meniarap atas lantai. Menyirap mama ni ha. Tak penah lagi la dia buat perangai meniarap tido bagai kat luar. Tempat simpan beg ada banyak tempat. Kalau yang kaunter tu cuma RM5. Kalau guna loker plak ada RM10, RM15 dan RM20 mengikut size dan kuantiti beg anda yang berada berhampiran tandas. Pilihan di tangan anda.

Nak redakan amukan ablasa Aqil tu mama bawa dia naik Putra LRT. Beli tiket ke KLCC. Ubah plan nak ke Aquaria. Bila Aqil tengok LRT bukan main seronok dia. Tak habes-habes dok cakap nak nek ketapi nak nek ketapi. Good...anak teruja.


teruja naik lrt


Dah naik LRT boleh plak taknak turun. Sabo je la. Terpaksa la turun kat stesen yang ada satu platform ja pastu patah balik ke KLCC. Sampai situ taknak plak jalan. Hadoi....bikin mama stress tau. Pujuk punya pujuk tak jalan gak lastly mama ajak nek balik LRT patah balik ke KL Sentral Y_Y (nangis sedu-sedan dalam hati).

Bila naik LRT pon sama gak. Taknak turun. So macam tadi kami meronda naik LRT turun LRT kat mana-mana stesen yang ada satu platform tanpa beli tiket baru dan harap-harap Aqil jemu tapi dia lagi suka. Bertabah la mama masa ni.

Dalam jam 4 petang akhirnya anak jemu nek LRT dan dapat kami turun di KL Sentral...hahaha...
Masa ni Aqil dah mau jalan so mama ajak dia ke NU Sentral ronda-ronda.


di Nu Sentral


Kat NU Sentral dia seronok naik turun escalator. Mama ni risau tapi dia seronok....pffffftttt....
Akhirnya dapat juga rehatkan kaki dan badan di KL Sentral jam 5.30 petang.
Bagi dia main Thomas dia dulu baru gerak pi makan.





masa untuk pulang


Alhamdulillah...perjalanan pulang kami dengan ETS dari KL Sentral ke Butterworth bergerak lancar. Aqil tak lena seharian hari tu. Boleh pulak dia nyanyi lagu Didi and Friends kat dalam ETS kuat-kuat.
Sabo je la tapi mama wat derk je la sebab orang dewasa pon sembang macam pasar borong. Bising bukan main lagi.


dalam ets




dalam ets


Kami sampai di Butterworth lebih kurang jam 11.50 malam dan Aqil seperti gambar di atas. Cergas lagi walau dah tengah malam. Siap lari sana sini. Time ni dah nak sampai Butterworth, tak sampai 10 orang dalam gerabak kami.

Mama harap bulan 8 ni plan mama nak bawa Aqil jalan-jalan berjaya sepenuhnya. Total damaged untuk makan + tambang LRT + ETS(1 dewasa+1 budak) + hotel = RM300.


You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. hahaha.. Aqil2.. berjaya ea pau Thomas sebab Temon tak dak.. good job beta...

    ReplyDelete
  2. Bestnya jalan2 dgn mama..tp bab xmau jln & guling2 tu mesti comey..dpt bygkan camner aqil buat..good boy😘😘

    ReplyDelete
  3. hahaha plan kena tukar ye
    seronok dia naik lrt..kena layan lah pulak

    ReplyDelete
  4. amboi sakan depa dua beranak jalan2..

    ReplyDelete
  5. adeh tak pasal2 kena pau.. bawa anak kecil memang kena ikut mood diaorang.. susah nak ikut macam yang kita rancangkan..

    ReplyDelete
  6. aqil guling2 oiiii'
    tu la yg paling merisaukan kalau kena amukan ablasa depa...
    hahhaha

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^