Buffet Ramadan 'Mak Tok' di Hotel Sunway Georgetown

3:58 PM

Buffet Ramadan 'Mak Tok' di Hotel Sunway Georgetown





Tahun ini Hotel Sunway Georgetown memperkenalkan buffet Ramadan berkonsepkan 'MAK TOK' bagi mengembalikan nostalgia berbuka puasa seperti di kampong.


Ia merupakan resepi turun-menurun yang lazat dari Sous Chef Wee dan Chef Huzaimi.




Setiap hotel mempunyai signature dishnya yang tersendiri. Bagi Buffet Ramadan 'Mak Tok' Di Hotel Sunway Georgetown menampilkan kambing bakar, nasi daging, rendang udang harimau kerisik, ayam panggang percik bermadu dan sambal daging serai wangi sebagai signature dishnya.






Tidak dilupakan pihak Hotel Sunway Georgetown menyediakan masakan ala kampung seperti nasi putih sesuci Ramadan, gulai ikan merah bendi muda cabai hijau dan sayur pucuk paku dengan labu manis.


gulai ikan merah bendi muda cabai hijau



sotong sumbat telur masin berempah



ayam panggang percik bermadu



rending udang harimau berkerisik



Add caption





Terdapat pelbagai jenis ulam-ulaman seperti petai bakar, ulam raja, terung bakar dan bermacam lagi yang boleh dimakan bersama sambal belacan, cencaluk, air asam dan juga budu. Tak dilupakan kerabu taugeh kerang serta jeruk Abang Ali.




Bagi signature dish untuk pencuci mulut di buffet ramadan 'Mak Tok' Hotel Sunway Georgetown anda bolehlah mencuba kek keju berpulut hitam yang sedap. Terdapat juga kuih-kuih tradisional yang lain seperti kuih lapis, abok-abok dan cendol pulut pisang.




Menu pisang tanduk bakar nyiur muda bergula merah anda harus cuba. Sangat unik dan sedap.


Semua sedap-sedap.



Buffet Ramadhan Sunway Hotel Georgetown. Bertemakan 'Mak Tok'

Mulai 8hb Jun hingga 3hb Julai 2016. 6.30pm-10.00pm.

Harga :
RM58nett Dewasa
RM38nett Kanak-kanak dan warga emas.
RM50nett Early bird.

Untuk tempahan
+604 229 9988
enquiry@sunwayhotels.com
 laman web:  www.sunwayhotels.com


You Might Also Like

3 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^