Bufet Ramadhan di The Light Hotel | Nostalgia Sajian Desa

3:49 PM

Bufet Ramadhan di The Light Hotel | Nostalgia Sajian Desa



Bertemakan Nostalgia Sajian Desa untuk buffet Ramadhan di Spice Brasserie, The Light Hotel menampilkan sajian dari kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang boleh didapati bermula dari 8 Jun hingga 3 Julai 2016.


Bila tengok tema Nostalgia Sajian Desa dah boleh agak dah menu dia macam mana. Menu-menu kampung memang akan membangkitkan selera kita selepas seharian berpuasa. Dah tak pandang dah menu lain. Nak-nak masakan kampung terasa macam air tangan mak kita....lagi la mabeles.

Menu Pembuka Selera


Tak sah kalau bulan puasa tanpa bubur lambuk. Bufet Ramadhan di The Light Hotel menyediakan bubur lambuk. Sedap berlemak.


Disediakan juga sup soto ayam mutiara beserta roti bawang putih.
 

Tak Penang la kalau takda pasembor dan jeruk buah. Kalau datang dari jauh kena cuba yang ni tau. Baru boleh kata dah makan makanan Penang.
 

Disediakan juga dengan pelbagai jenis pembuka selera yang terdiri daripada salad yang bermacam jenis, kerabu, kurma, tauhu sumbat dengan pelbagai jenis sambal dan kuahnya. Memang membangkitkan selera.




Menu Utama

Bersesuaian dengan status hotel bertaraf 5 bintang, menu utama buffet Ramadhan di The Light Hotel amat membuka selera. Menu utamanya sangat-sangat mabeles. Pendek kata semua menunya ada ciri-ciri kekampungan bersesuaian dengan tema Nostalgia Sajian Desa dari pelbagai kaum di Malaysia.

Nasi biryani kambing panggang sangat sedap. Daging kambingnya lembut dan enak.


Sotong sumbat pulut yang berlemak. Terasa macam berada di Terengganu.



Sambal udang petai yang sedap. Mak mertua lalu pon tak perasan ni.



Rendang daging tok. Dagingnya lembut. Makan banyak pon tak terasa.



Bagi peminat burung puyuh disajikan dengan burung puyuh percik.



Sayur asin masak lemak ni paling win. Terasa-rasa macam mak masak. Sedap....sedap....



Bagi penggemar lala disediakan juga dengan lala masak lemak.



Terdapat juga menu-menu lain antaranya udang butter, masak lemak telur itik, kari ikan Indian style, gulai gading nangka, ayam ros, kambing vindalo dan banyak lagi.

Satu lagi hidangan istimewa buffet Ramadhan di The Light Hotel ialah Sri Lankan Spring Roll yang ala-ala murtabak kerana ada isi di dalamnya.


Terdapat juga menu-menu lain seperti sotong bakar, char kuey tiaw ala Chinese style, kebab dan juga pari bakar.












Pencuci Mulut


Tak lengkap sajian kita tanpa pencuci mulut. Bufet Ramadhan di The Light Hotel menyediakan kuih-kuih moden yang digandingkan dengan kuih tradisional seperti ketayap, lepat pisang, onde-onde dan banyak lagi di samping buah-buahan yang segar.



Semuanya sedap-sedap.

Para pelanggan akan dihiburkan dengan nyanyian nasyid, lagu-lagu Arab dan Melayu dari kumpulan Rayyan ketika berbuka puasa.


Pihak The Light Hotel juga ada menyediakan surau untuk pelanggan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih.



Mulai 8hb Jun hingga 3 Julai 2016. 7.00 malam -10.00 malam di Spice Brasserie.


RM79+ (Dewasa) RM48+ (Kanak-Kanak) RM60+ (Warga Emas)
(Promosi 10 + 1| Setiap bayaran penuh untuk 10 orang dewasa PERCUMA 1 orang)


Dapatkan Baucer Bufet Ramadhan pada harga istimewa RM70.00 nett seorang. Promosi terhad sehingga 31 Mei 2016.


Untuk tempahan, sila hubungi +604 382 1111


THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Penang, Malaysia.
  



You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. semua sedap!!!buffet outdoor yang terbaik :)

    ReplyDelete
  2. Untung dapat makan banyak sangat

    ReplyDelete
  3. Nasi biryani kambing panggang dan sotong Sumbat pulut..
    Dua menu yang mengancam..

    ReplyDelete
  4. pulut sotong tu yang tak menahaaaaaaaaaaaaaaaaaann huwaaaa bestnyerrrrr...menitis air liur hakhak

    ReplyDelete
  5. jeles ngn ngn hangpa..mai la blanjer kami

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^