Anugerah kami | Cerita Aqil Najmi

3:32 PM

Anugerah kami | Cerita Aqil Najmi




Dah lama tak cerita bab Aqil Najmi selepas cerita lambat bercakap dan Aqil berbasikal hari tu.

Sekarang Aqil Najmi dah nak ke 2 tahun 7 bulan dah. Dah makin besar dah dia. Nampak macam budak 4 tahun pon ada dengan saiz badannya tu...hihihi...Obes tetap ada...hahaha...walau aktif berat tak turun cuma perut dah kurus cikit dari dulu lepas makan ubat cacing.


Kalau shopping baju pakai kat rumah di market atau pasar malam kena saiz 6 ke 8. Kalau kurang dari tu pakai sendat la. Kalau kat supermarket plak saiz 4. Banyak kali dah beli baju online bila sampai mesti takleh pakai antara baju atau seluar. Jadi tak simpan lama saya selalu bagi je kat orang baju-baju tu.


Bab makan Aqil Najmi tak penah menolak sampaikan saya nak menyicah buah pelam dengan kuah rojak pon dia join sekali. Tak pedas plak tu....haiiiihhhh....




Sekarang dah banyak cakap dari dulu dah. Hahaha...dulu susah hati anak lambat cakap. Bila dah boleh cakap banyak bawa ke mana-mana semua dia sebut. Semua dia nak cakap.

Time ni minta keropok tapi saya belikan Nini. Naseb la dapat anak yang boleh terima ja apa kita beli. Kalau dia buat guling-guling kat kedai jenuh la.




Masa kat kedai semua benda dia sebut tapi sebutan baku macam cerita kat tv....hahahaha....


''Mama...itu pisang. Banyaknya pisang....''
"Mama...ini cabai. Cabai banyak....emmmm....pedasnya....''
"Mama...ini sayur...itu pon sayur...makan sayur sedap..."
"Mama...itu ikan...itu udang...ini telur..."


Kah...jenuh mama melayan jawab dalam kedai tu....hahaha....orang dalam kedai pon tersenyum simpul dengar dia dok bercakap.
Sebagai ganjaran saya beli pisang untuk dia.



Kalau makan laksa takmau share dah dengan mama abah. Nak makan sendiri....amboi sangat.
Kalau tak bagi merajuk takmau tengok kita. Selalunya kalau makan laksa macam ni untuk Aqil free takpon murah sikit dari harga dewasa. Rezeki dia.





Sebab nak bagi anak banyak cakap punya pasal bila nampak ada apa-apa yang dia minat saya akan layankan. Masa ni dok melayan dia tengok keta korek ni. Jenuh jawab. Berani plak tu pi dekat-dekat.



Sebelum ni Aqil Najmi takut nak main kat play ground macam ni bila budak besar-besar ramai sangat. Dia jadi takut. Tapi Alhamdulillah baru-baru ni dia dah boleh main dengan budak-budak lain. Lega rasanya. Seronok bila tengok dia main sampai tak kenal rasa penat.




Bab potty train tengah dok praktis sikit-sikit. Dah jarang pakai tapi tak sepenuhnya. Pampes 40 keping XXL tu sebulan baru habis. Insyaallah...moga berjaya tak lama lagi.




You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. aduhai. si comel gebu ni.
    makan nini tu bukan main ngap! :)

    ReplyDelete
  2. sebaya anak kita..
    tp Luth makin kecil.. jarang nak makan.

    ReplyDelete
  3. seronok betul tgk dia mkn..selera betul

    ReplyDelete
  4. Good luck Aqil untuk potty train.. hehehe

    ReplyDelete
  5. alolo comelnya aqil! Cakap pun dah makin pandai :)

    ReplyDelete
  6. Aqil geram cik ash tengok dia Hihihihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers