Pasta yang sedap, banyak dan murah hanya di Pasta Jalanan

9:06 AM

Pasta yang sedap, banyak dan murah hanya di Pasta Jalanan



Akhirnya dapat juga makan bolognese dari Pasta Jalanan Taman Sutera Prima Seberang Jaya.

Nampak sedap tak?


Sekali tiga saya beli.Tamak sangat takut tak cukup.



Sekali letak dalam pinggan nak tengok portion dia banyak mana.....fuhhhh...penuh pinggan.
Jenuh nak makan tau.




Pasta Jalanan

Kenapa saya cakap akhirnya dapat juga makan bolognese dari Pasta Jalanan ni?

Dah mana Pasta Jalanan pasti la di jual di tepi jalan.Bukan dari restoran cantik tersergam indah tapi walaupon tepi jalan cuba la tengok orang yang beratur hari-hari semata-mata nak beli pasta di Pasta Jalanan ni.Dah 2 3 bulan dah saya tengok permandangan macam ni.



Hari-hari tau saya tengok keadaan macam ni tiap kali balik keja.Rumah sebelah tu ja.
Heran jugak apa yang bestnya kat Pasta Jalanan ni sampaikan orang sanggup tunggu beratur semata-mata nak dapatkan pasta di situ.

Dah akhirnya saya terjebak sama membeli di Pasta Jalanan.

KETAQ HOI TENGOK ORANG DOK MEMBELI.

MESTI SEDAP KALAU TAK TAKKAN RAMAI CAMGITU.

Ramai yang beratur tunggu.Ingatkan lama tengok-tengok tak sampai 10 minit dah dapat makanan yang dipesan.

Antara menu yang ada di Pasta Jalanan dengan pilihan hidangannya.



Murah tak tengok harga dia?

Mana nak dapat harga camni kat restoran oiiiiii....MURAH SANGAT-SANGAT.

DAH LA BANYAK....SEDAP PLAK TU.

Makan sebekas bolognese hari tu terus tersandar.Kenyang sangat-sangat.

Eh...jangan kata kita sesaja kata sedap tau.Ni bukan entri berbayar.Saya cerita dari apa yang saya rasa dan makan hari tu.




Masa memula makan bolognese tu tetiba terpikir yang rasanya seakan-akan asam pedas.Ke saya sorang ja yang fikir camtu.

Lepas di godek-godek FB Pasta Jalanan akhirnya jumpa jawapan dia.




Bukan setakat pasta ja yang di jual di Pasta Jalanan tapi ada juga air berperisa cola dari Cola Kedah dan juga cheese tart.


Kalau rasa dahaga almaklum la baru balik dari keja kan pastu menunggu lama plak di Pasta Jalanan, pihak Pasta Jalanan menyediakan air minuman untuk di minum secara percuma.
Jemput minum semua ^.^



Dan jangan tak tahu, Pasta Jalanan dan membuka dua lagi cawangannya di Shah Alam dan Meru Klang.Jadi orang yang dok berdekatan boleh la dapatkan pasta yang SEDAP, BANYAK dan MURAH di Pasta Jalanan di sana.






Pasta Jalanan di Seksyen 7 Shah Alam(landmark I-City)



Pasta Jalanan di Meru Klang(berhadapan Masjid Asy Syariff Meru)

Waktu beroperasi-
 6 petang hingga 10.30 malam
Isnin hingga Sabtu
Ahad tutup

Kalau ingin membuat tempahan yang banyak boleh hubungi -
Pasta Jalanan di 012-4493364.

Nak tau sama ada Pasta Jalanan ni buka atau tak di tempat anda boleh la layari -

Kalau anda di sekitar Pulau Pinang nak merasa pasta dari Pasta Jalanan tapi jauh boleh guna khidmat abang runner kita Luqman Runner Penang - 01138596183.Cuba tanya kot-kot abang runner kita boleh hantarkan.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. sedap betul tgk pasta tu zai
    bak mai 18 bekas bagi PBU makan haha

    ReplyDelete
  2. setuju dengan El..nanti Zai banje laa PBU Pasta Jalanan ni...lapor plok nengok ptg2 gni

    ReplyDelete
  3. sedap tengok pasta ni buat terliur dah ni

    ReplyDelete
  4. Alaaaa lmbt baca klu tak boleh balik cari aritu. Pernah beli spagheti kt masjid belah pulau nun. Xsedp langsung huuuu

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers