Derma Darah 2016 | Pengalaman saya menderma darah

4:18 PM

Derma Darah 2016 | Pengalaman saya menderma darah



Alhamdulillah....sekali lagi dapat menderma darah di awal tahun 2016.Last menderma darah pada Disember 2015.


Ada orang tanya tak takut ke derma darah?


Masa memula derma darah tahun 2002.Time tu dok study kat Keyel.Pusat Darah Negara mai kampus time tu.Punya excited nak menderma darah tapi takut-takut.Alhamdulillah...berjaya.Berat time tu 48 kg.Lepas menderma terus pitam....hahahaha....1st time la katakan.

Pastu dah tak derma darah dah.Taktau nak pi derma darah kat mana kat Penang ni.2007 ada hospital swasta buat kempen derma darah kat tempat keja.Pi la menderma pastu ada orang bising-bising kata kita derma kat depa kat sini tak dapat apa.Sapa yang pi kat hospital tu depa bayar RM300++ camtu.
Betul ke tak saya pon tak tau kesahihannya.

Kali ke-3 derma darah tahun 2011.Lepas tu dah tak boleh menderma dah.HB time tu turun naik.Sat 11 sat 12.Kadang tu BP low.Kadang time kempen derma darah kat tempat keja Allah Bagi Cuti(ABC) plak.

Lepas kawen bersalin tak dapat derma darah juga.Time tu nyusu dan belum sampai setahun czer jadi tak dibenarkan menderma darah.Pandang sepi je la buku merah derma darah tu.

Percubaan pertama selepas bersalin pada November 2014.Alhamdulillah sampai sekarang dah jadi rutin setiap 3 bulan sekali menderma darah.HB tinggi tak terkata.Maintain 13++ ja dari November 2014.

Bukan nak bangga sebab tak semua dapat derma darah ni.Ia juga memerlukan keberanian.Macam saya nak kata berani tu takla.Takut-takut juga bila nurse nak cucuk jarum tu tapi entahlah...bila dapat derma darah ia macam bagi saya satu kepuasan yang tak dapat digambarkan.

You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. Best derma darah.dah lama xderma darah.last derma sebelum kawen awal tahun 2013. lepas beranak bkobar nak derma darah, tak cukup berat pulak.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah Zai..semoga terus dapat menderma..till dapat baby baru..hihihi

    ReplyDelete
  3. dulu zaf pernah tak sampai 3 bulan... terlupa bawak buku kan dia bagi sticker.. sticker pun tak lekat.. makanya, derma dengan rasa gembira..

    tapi kan, orang kata derma darah jadi gems**.. betoi ka ? zaf pulun derma.. setahun lebih ni ja tak sebab ada masalah.. tak buat check up lagi... adeh ! rindu nak derma lagi

    ReplyDelete
  4. tahniah zai
    anda seorang yang berani
    iols x berani nak derma
    tgk darah pun byk gitu pun dah rasa lemah hihi

    ReplyDelete
  5. Teringinnnn tapi bmi xpernah normal dari dlu sobssss

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers