Pengalaman dan cara membuat passport kumpulan dan passport kanak-kanak

11:36 AM

Pengalaman dan cara membuat passport kumpulan dan passport kanak-kanak



Ewah...tetiba nak bercerita bab pengalaman buat passport plak padahal masa buat passport 5 tahun lepas taknak cerita pon.Kali ni berbeza sedikit sebab buat passport sambil bawa budak tengah lasak.Fuh...menguji kesabaran betul.


Baru-baru ni saya ada bercuti ke negara jiran jadi memerlukan penggunaan passport.Passport yang ada dah pon mati.Lepas ja balik dari Mekah terus tak guna passpot tu.Bila di bincang-bincang dalam kumpulan yang nak pi bercuti tu ada yang nak buat passport kumpulan jadi saya join sekali la.

Saya ditugaskan menjadi ketua untuk group passport yang kebanyakkan anak-anak ahli kumpulan yang join bercuti.


GROUP PASSPORT ni sebenarnya khas untuk mereka yang nak pergi bercuti berkumpulan yang TIADA PASSPORT, MALAS NAK RENEW PASSPORT yang sedia ada macam saya, yang ingin MENJIMATKAN WANG berlebihan untuk membuat individu passport serta yang JARANG BERCUTI KELUAR NEGARA.


Group passport ni hanya SAH UNTUK SEKALI GUNA SAHAJA.


Kalau nak buat GROUP PASSPORT ni memerlukan sekurang-kurangnya 5 orang(minimum) sehingga 20 orang(maksimun) untuk 1 buku group passport.Kalau tak cukup 5 orang tak boleh buat group passport ye kawan-kawan.


Ini pengalaman saya membuat group passport di Imigresen Wisma Keladi Sungai Petani.Mungkin kat tempat anda kena ambil nombor giliran ke apakan untuk group passport ni.


Memula ambil borang di kaunter pertanyaan Imigresen.Cakap nak buat group passport dan akan dapat borang macam kat bawah ni.

Baca betul-betul ye peringatan tu.Kang lupa nak submit itu ini.





Dah dapat borang lantik seorang ketua.Seelok-eloknya lantik la ketua orang dewasa.Jangan plak pi lantik kanak-kanak bawah umur plak.Hari tu saya yang jadi ketua sebab group saya budak-budak bawah 18 tahun.

Cara-cara nak buat group passport :


  1. Kumpul orang yang nak pergi bercuti minimum 5 orang.Semua wajib hadir semasa membuat group passport sebab kena cap jari.
  2. Bawa 2 gambar untuk group passport.Satu lekat kat borang dan 1 lagi serah kat pegawai bertugas.Pastikan tulis nama dan nombor IC kat belakang gambar.
  3. 1 keping salinan IC.Masa fotostat IC cakap untuk buat group pasport.Kedai gambar dalam kawasan Imigresen Wisma Keladi ni tanya untuk apa.Kalau group passport cara fotostat dia lain.Maaf la hari tu kalut anak bebai sebab tunggu lama dan panas so tak sempat nak tangkap gambar tapi taktau plak kat Imigresen tempat lain fotostat macam mana.Kalau kanak-kanak bawah 12 tahun kena fotostat surat beranak.
  4. Ibu bapa kanak-kanak bawah 18 tahun wajib hadir bersama masa buat group passport ni dan perlu mengisi surat keizinan(boleh minta di kaunter Imigresen).Ibu bapa pon kena tunjuk IC masa proses pengesahan cap jari anak nanti.
  5. Sediakan wang RM200 untuk 1 buku passport.Kalau 1 group 5 orang, seorang cuma perlu membayar RM40 sahaja.
  6. Isi segala butiran yang dikehendaki.Serahkan borang di kaunter pertanyaan Imigresen dan anda akan dipanggil di kaunter khas untuk pengesahan dan cap jari.
  7. Kalau semuanya ok dalam masa 5 hari group passport anda akan siap.Hanya ketua kumpulan sahaja yang boleh mengambil group passport bila dah siap nanti.Tak boleh hantar wakil.Sertakan sekali IC dan slip bayaran masa ambil group passport.
Dah siap...dah boleh pi bercuti obesi....sangatttttttttttt


Kalau kita buat group passport untuk dewasa sahaja mungkin tak serumit ni.Kalau untuk anak bawah 18 tahun ibu bapa perlu hadir untuk pengesahan.


Hari tu ambil masa sejam sebab masa tu la baru nak tangkap gambar, photostat IC surat beranak dan isi borang.Masa buat pengesahan pon tak lama.Cuma 10 minit camtu tapi bagi saya yang bawa anak tengah melasak teruk juga la.Dengan orang yang ramai dan sesak, Imigresen jadi panas.Anak mula la meragam.Dah la saya kena pi sekali lagi buat passport Aqil sebab surat beranak dia ada keta suami....ahhhh...stresss....kalau tak mesti setel dah semuanya.




Seminggu selepas buat group passport saya ke Imigresen Seberang Jaya hari Sabtu nak buat passport untuk Aqil.Rasa dah sampai awal pagi tu tapi ada yang lagi awal.

Sejam kot beratur nak ambil nombor giliran.Panjangnya berjela-jela.Ramainya orang nak pi bercuti...huhuhu...Mungkin hari Sabtu, ramai orang datang buat passport hari cuti bekerja.

Tengok la angka giliran tu....huhuhu...mau tak mau kena gak tunggu.Saya siap pi makan bagai.




Time ni awal lagi dok boleh senyum posing elok lagi.




Nak buat passport antarabangsa kena la seperti di bawah ni.




Sekarang dah ada kadar baru untuk passport Malaysia antarabangsa.Sah laku dah 5 tahun dah.Dah takda dah untuk 2 tahun tu.Harga pon murah la kalau ikut tahun dia kan.





Untuk yang pertama kali nak buat pasport boleh rujuk sini.



Yang ni khas untuk anak bawah 18 tahun.




Macam hari tu saya cuma bawa SURAT BERANAK Aqil dan salinannya dan IC saya je pastu tunggu ja nombor giliran di panggil.

Kalau ada ANAK YANG HYPER AKTIF dan SUSAH UNTUK BERGAMBAR di kaunter tu sila TANGKAP GAMBAR PASSPORT SIAP-SIAP DI KEDAI.


Macam Aqil hari tu dah bosan sebab lama sangat menunggu.Bila nombor dah kena panggil boleh plak dia pi sana sini taknak tangkap gambar.Pegawai bertugas tu cakap kalau dia taknak kena pi tangkap kat kedai pastu nanti datang balik.Memang tak la nak keluar pastu datang balik.Dekat 3 jam kot tunggu kat situ.

Lepas pujuk cakap elok-elok kat Aqil akhirnya nak duduk atas kerusi.Saya tunjuk kamera sambil cakap ' tengok sini...nak tangkap gambar'.

Mungkin time tu kamera bergerak dok ejas kedudukan tinggi Aqil so dia pon tengok macam pelik.Tengok-tengok pegawai bertugas cakap dah tangkap dah.Fuh....lega ya amat....Alhamdulillah.

Setel kat kaunter tunggu plak untuk pembayaran.Kadar bayaran untuk kanak-kanak bawah 12 tahun RM100.

Setel bayaran tunggu plak sejam untuk di proses.Lepas sejam boleh la tuntut paspot di kaunter yang disediakan.




Tengok la muka Aqil yang tengah heran tengok kamera naik turun sendiri....hahaha...



yeay...saya boleh pi obesi dah...bahahaha....

Akhirnya hampir 4 jam baru la dapat pasport Aqil.Prosesnya mudah tapi sebab terlalu ramai orang yang datang buat pasport nak bercuti raya cina hari tu membuatkan masa yang di ambil terlalu lama.
Bagi mak-mak yang pi berseorangan macam saya jiwa kena kental.Kalau tak kental memang balik camtu ja la jawabnya....hihihihi...

Bawalah bekalan untuk anak anda.Macam saya siap bawa susu, coco crunch, keta mainan, pempes dan sepasang baju kot-kot la Aqil yeyak ke muntah ke apa kan.Habuan nak tunggu lama.Itu pon jenuh gak la bila dia buat perangai.


You Might Also Like

28 apa kata anda?

  1. Bagus zai kongsi kan cara2nya tu..
    Kalau kita nak buat group utk family boleh ke zai..
    Macam akak satu keluarga ada 5 orang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak...1 family lg sng...p smua skali trus buat

      Delete
    2. Boleh kak...1 family lg sng...p smua skali trus buat

      Delete
  2. tq kak zai... pengkongsian yang terbaik.. mana taw suatu hari ekin boleh g berjalan2 nanti... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah...mn tau ada rezeki leh p umrah ke kn

      Delete
    2. Insyaallah...mn tau ada rezeki leh p umrah ke kn

      Delete
  3. kitorang tak boleh pegi obesi lagi. Abi kena black list sbb tak bayar ptptn ikut masa dan had hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hr tu tkut x lps gak...loan mara byq x cntik gak...naseb lps

      Delete
    2. Hr tu tkut x lps gak...loan mara byq x cntik gak...naseb lps

      Delete
  4. amboi aqil buat pasport nak p mana tu?
    nice sharing k.zai..

    ReplyDelete
  5. warna hijau ea? zaf dulu warna merah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hijau utk group...merah utk individu

      Delete
    2. Hijau utk group...merah utk individu

      Delete
  6. tak pernah buat pasport.. in shaa Allah satu hari nanti ada kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pon dl cmtu la tp sblm p tu study sesiap.xdala jakun sgt...hahaha

      Delete
    2. Kami pon dl cmtu la tp sblm p tu study sesiap.xdala jakun sgt...hahaha

      Delete
  7. Nk tnye lau passport group ni boleh pakai tuk travel ngn airasia ke jalan darat je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sy x psti...boleh tnya di kaunter imigresen

      Delete
  8. Salam Puan
    Terima kasih banyak2 kerana berkongsi ilmu dan pengalaman sbb sy mmg nak buat passport utk anak umur 1 tahun. Sy pun 1st time dgr pasal passport berkumpulan . Banyak pahala puan sbb berkongsi ilmu. Terima kasih ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...sama2...ini ikut pengalaman tp x detail sgt pon

      Delete
    2. salam puan sori mcelah kt cni...skrg blh buat pasport bkumpulan lagi ke ye?sbb dgr2 dh xde pasport bkumpulan ye

      Delete
  9. salam,

    nak tnya gmbr passport tu background warna putih or biru? tq ^_^

    ReplyDelete
  10. Saya nak tanya, dalam passport berkumpulan tu, dia lekat gambar kat buku atau print mcm passport antarabangsa?

    ReplyDelete
  11. Saya nak tanya, dalam passport berkumpulan tu, dia lekat gambar kat buku atau print mcm passport antarabangsa?

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers