Tempat Menarik Di Penang | Taman Rimba Teluk Bahang

12:09 PM

Tempat Menarik Di Penang | Taman Rimba Teluk Bahang



Tak habis lagi cuti CNY. Company shutdown seminggu la katakana. Cuti CNY hari ke-7. Bangun pagi prepare sarapan cekodok. Tengok abah Aqil dok bersiap. Ingat nak ke kedai beli nasi lemak. Rupa-rupanya beli bahan nak masak bihun goreng. Abah Aqil plan nak mandi-manda kat Batu Ferringhi pulak hari ni.

Lepas selesai goreng bihun bersiap ala kadar dan kami bertolak nak mandi-manda plak hari ni.


Masa sampai area Batu Ferringhi tetiba cakap kat abah Aqil ajak mandi air terjun. Terus lajak ke Taman Rimba Teluk Bahang.


kredit Mr. Google

Ini 1st time saya datang ke Taman Rimba Teluk Bahang. Penah sampai sini masa naik HOHO bus tapi tak masuk ke dalam-dalam tu.

Ini peta dalam kawasan Taman Rimba Teluk Bahang. Macam-macam kemudahan ada kat sini jadi jangan risau.




kredit Mr. Google

Apek jual sayoq tak sabar nak mandi-manda...hihihihi....






Kami duduk di kawasan kolam yang paling bawah sekali. Kat situ tengok ramai budak-budak mandi so join la sekali. Sampai-sampai terus buka bekalan dan makan dulu. Tengok suasana dulu baru la terjun...hihihi....



Yeay....Aqil dah selamat debushhhhh dalam air.Abah Aqil malas nak pi salin baju terus terjun pakai baju kolar tu...hahaha...seluar pendek pakai sesiap kat dalam.



Muka bahagia dapat mandi air tejukkkkk.



Sakan depa berdua mandi sampai takmau balik. Yang Aqil dok pulun terjun dalam kolam macam dah pandai berenang gayanya. Kita plak yang risau tengok anak buat cenggitu. Tiru orang lain buat la tu.



Ini kawasan sekitar Taman Rimba. Titi gantung ni jalan nak menuju ke surau. Lepas berendam hampir 4 jam baru la kami beransur balik. Waktu ni tak banyak gambar yang saya snap. Biasa la ramai yang mandi-manda. Ada yang tak bertudung dan sebagainya jadi kurang sikit gambar yang ada.

Lepas godek-godek FB Taman Rimba terjumpa gambar-gambar ni jadi saya kongsikan kat sini. Terima kasih kat ownernya ya.


kredit to Azza Zulaikha





Kawasan sekitar kolam air di Taman Rimba.




kredit to Azza Zulaikha





kredit to Azza Zulaikha


Sesuai untuk bawa keluarga bersantai-santai sambil berkelah dan mandi dengan suasana yang nyaman dan sejuk.Kalau dekat tetiap minggu saya bawa family berkelah kat sini....hihihi....



Selain di Taman Rimba Teluk Bahang kami habiskan cuti CNY di Eco Meadow dan Air Terjun Junjung serta ke Pantai Merdeka.




You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Nak ajak hubby laa bw Alysa & Danish mandi air terjun ni..depa tak pernah mandi air terjun sebenarnya

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaaa air dia. Tp masa blik hari tu nadh kata situ ada virus kencing tikus. Viral dalam fb. Terus cancel

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers