Tempat Menarik Di Penang | Ke ECO MEADOW dan AIR TERJUN JUNJUNG

11:02 AM

Tempat Menarik Di Penang | Ke ECO MEADOW dan AIR TERJUN JUNJUNG





Sambung lagi cuti raya cina yang masih berbaki beberapa hari. Hari ke-5 cuti kami rehat-rehat kat rumah sahaja. Hari ke-6 ke bank setelkan urusan serba sikit pastu saja la ke ECO MEADOW. Sebelum ni ECO MEADOW Penang ada kincir angin ala-ala kat Netherland. Kali ni ada keta comey-comey plak.

Eco Meadow



Masa sampai kat ECO MEADOW Jalan Paboi ni macam....errr....errr...mana kereta comeynya? Ada sebuah ja kat luar ni. Kata ada banyak kereta comey kat sini.






Rupa-rupanya Eco World Gallery dah buat cantik dah. Kena masuk ke dalam lagi sampai jumpa galerinya. Kat situ ada rumah contoh dan juga kereta comey-comey untuk menarik minat para pengunjung yang datang. Jadi takda la setakat datang tengok rumah contoh sahaja tapi boleh juga bergambar dengan kereta comey-comey ni.




nak buka mata pon takleh -___-

Masa kami sampai matahari terpacak atas kepala. Panas lit-lit. Nak buka mata pon tak boleh....fuhhhh....


Bergambar pon ala kadar sahaja. Nak duduk posing atas rumput pon tak boleh gak. Pekerja Eco World Gallery baru dok siram pokok bunga dan rumput. Jadi tangkap gambar cepat-cepat terus naik kereta.




kalau dengan mama muka tak senyum

Masa sampai tu tak ramai orang pon. Ate....dah panas lit-lit sapa yang nak pi bergambar. Kami 2 3 ketul ni jela....bahahahaha....




kalau dengan abah renyih sampai telinga


Kalau nak tengok rumah sesambil nak bergambar dengan kereta comey boleh la ke Eco Meadow Jalan Paboi.













Air Terjun Junjung



Balik dari Eco Meadow badan rasa panas. Tak selesa. Alang-alang nak balik tu mohler merehatkan badan sebentar. Terus ajak abah Aqil ke Air Terjun Junjung.


Bukan nak mandi pon. Baju apa pon tak bawa cemana la nak mandi. Cuma nak sejukkan badan sesambil rehat kat situ.



Ni first time saya sampai sini....hahaha...taktau pon rupa paras air terjun Junjung tu cemana.

Bila sampai tengok....oooo....ada kolam untuk dewasa kat bawah nun tapi air dia...awat cenggitu kalernya.






Untuk anak teruna ni mandi kami bawa dia ke kawasan cetek dan berpasir je la. Tak payah mak pak nak masuk berendam sekali semata-mata nak bagi anak mandi. Ada juga kawasan dalam paras pinggang kanak-kanak kat belakang Aqil macam kat bawah ni tapi ramai plak bebudak dan mak budak dok mandi kat situ.





Air dia jernih baq hang. Kau mampu mandi-manda siap pakai tai bagai....hahahaha....






Saya pon tak bajet nak bawa anak mandi-manda. Dalam keta cuma ada baju baru Aqil dan pempes. Nak tak nak mandi pakai tai la....hihihi....


Jadi la kan habuan anak nak seronok. Asyik terperok dalam rumah sekali-sekala bawa mandi macam ni anak pon hepi. Mak pak lagi la hepi. Boleh deting kat tepi sambil makan biarkan anak mandi-manda berlari  duduk tidur tanpa risau....hahahaha....


Kalau ampa boring-boring hari cuti nak bawa anak berkelah boleh la ke Air Terjun Junjung ni.






Balik dari berpanas...sejuk...apalagi yang sedap untuk di makan selain laksa.
Kali ni kami cuba laksa gerai tepi jalan berhadapan jalan besar Sekolah Menengah Dato On Butterworth.



Laksa dia sedap dan pedas.Memang terangkat.


Boleh juga order ABC dan cendol yang sedap kat situ. Budak tembam ni memula merajuk taknak makan sebab kejut dia bangun tapi bila kata laksa sedap terus makan elok ja.

Peberet dia tu...jangan memain.Sebab dia yang kecik makan laksa berkuah ni sepinggan sorang dia makcik tu kasi free ja untuk dia.



Murah rezeki Aqil dan moga murah juga rezeki makcik pakcik jual laksa ni.
Kalau nak rasa boleh pi try.Cari Sekolah Menengah Dato Onn pastu tengok seberang jalannya ada lori jual cendol, kat situ la dia.


You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. amboiii Aqil mandi pon segak naa..bergaya sakan

    ReplyDelete
  2. jadi tarikan baru dah kan dekat ECO tu. padan la dengan depa dah buat banggunan tu elok. air terjun junjung tu kalau jalan dalam lagi tang air terjun tu air dia elok lagi. dalam sikit tapi selamat. yang dekat luar2 tu memang kaler tak elok. nak mandi pun tak lalu @.@

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers