Anugerah Kami | Masa Untuk Ubat Cacing

12:11 PM



Masa untuk ubat cacing



Rata-rata saya bertanya kawan-kawan yang mempunyai anak yang sebaya dengan Aqil dah makan ubat cacing tapi Aqil belum makan lagi. Pelik juga.
Masa check-up 2 tahun hari tu sempat bertanya pada nurse tapi jawapannya 'tak perlu lagi'.

Mungkin sebab Aqil takda tanda-tanda ada cacing dalam badan menyebabkan nurse bagi jawapan macam tu.
 Mungkin.....

Tanda-tanda cacing dalam badan anak

  • pucat akibat anaemia(kekurangan darah merah)
  • cepat rasa lemah dan letih
  • kurang selera makan
  • abdomen yang kembung
  • kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur
Tapi saya perasan abdomen Aqil kembung...eh...ke boroi sebab kuat makan....errr...kembung....errr...boroi....emmm...entah la.

Disebabkan keboroian itu serta kekerapan Aqil tidur menonggeng dan najis yang berbau busuk maka mama Aqil pon gigih la membeli ubat cacing di farmasi. Ubat cacing ada 2 jenis.Ada jenis cecair dan ada tablets. Sebabkan Aqil susah sikit nak makan ubat mama pilih yang tablets perisa coklat.


1 kotak berisi 2 biji ubat cacing


Bagi ibu-ibu yang risau anak-anak tak suka makan ubat boleh la pilih ubat cacing berbentuk tablets ni. Senang sangat nak pujuk makan. Cakap nak makan coklat tak....laju ja dia ambil dan tak sampai 5 minit 2 biji ubat cacing jenama CHAMPS ni selamat di telan.

Kalau nak tahu sama ada ubat ni berkesan ke tak kena la check najis dia tapi saya tak check betul-betul pon. Tapi nampak la ada urat-urat kat najis dia. Gila busuk betoi najis tu. tak sanggup nak check lama-lama...hahahaha....

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan cacing pada anak-anak boleh baca di blog Dr Zubaidi.

Nak tunggu 6 bulan lagi baru nak bagi Aqil ubat cacing lagi sekali.


You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. murni bg ubat yg kkm ja..Danish pakai gogok gitu ja..hahaha

    ReplyDelete
  2. orang tua boleh guna kah hahahah perut kembung gak ni

    ReplyDelete
  3. Eh eh CHAMPS! Saya suka makan vitamin dia time kekecik dulu hehe

    ReplyDelete
  4. Br dpt gak...dpt kat kk..tp.xbg pun lagi..t kn bg gak lah..

    ReplyDelete
  5. baru tau ada yang jenis tablet punye..thanks for the info

    ReplyDelete
  6. ehh peliknya kak zai. Uwais ritu setahun stgh nurse dah bagi ubat cacing suruh makan. 6 bulan lepas tu dapat lagi. buat masa ni kalau tak silap dah 3 kali dah dia makan ubt cacing kk bagi. tapi yang cecair tula. masa dia dapat ubt tu bukan ada simptom2 kecacingan pun.

    ReplyDelete
  7. selalu budak2 kena laa makan ubat cacing nih.. baru nih ada beli makan berjemaah dengan anak2..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers