Tanjung Dawai | Discover Kedah 2016

11:40 AM

Tanjung Dawai | Discover Kedah 2016





Entri lepas masa pi Pantai Merdeka teringin nak ke Tanjung Dawai.Akhirnya dapat juga saya ke Tanjung Dawai tapi bukan naik bot dari Pantai Merdeka tapi dengan menaiki kereta.



Kalau dari Pantai Merdeka kita akan nampak bangunan ni di kejauhan...inilah Arked Tanjung Dawai(ehsan google)


Hari Ahad 10 Januari 2016 saya, Aqil dan tok Besah ke Sungai Petani nak buat passport.Bab passport kalau ada kerajinan nanti saya kongsikan.Balik dari buat passport tu baru 11.30 pagi so terus ajak tok Besah ke Tanjung Dawai.Dah alang-alang dekat sangat dah.Tapi dekat tu takla dekat sangat.Rasa lama la jugak drive keta hari tu baru sampai ke Tanjung Dawai berbanding naik bot di Pantai Merdeka.



jeti Tanjung Dawai untuk ke Pantai Merdeka(ehsan google)


3 generasi~anak, cucu dan tok


Selepas melalui onak dan duri....cewah...duri sangattttt akhirnya sampai juga ke Arked Tanjung Dawai.Bangga siot....hahahaha...
Mau tak bangga...arwah ayah orang Kota Kuala Muda kot tapi anak dia tak penah nak sampai kawasan jajahan Kota Kuala Muda.Bila dah sampai tu kembang kempis hidung ni...bangga sangat.






Budak debab ni dah paham beno perangai mama dia.Dia sendiri offer diri cakap ''mama angkap ambaq'' pastu terus berdiri posing camtu kat lukisan bot tu....bahahaha...naseb kamu paham nak oiiiii....kalau tak jenuh suruh berdiri nak tangkap gambar.




Apa yang ada di Arked Tanjung Dawai


Di tingkat bawah Arked Tanjung Dawai ada gerai-gerai makanan dan pakaian.Kalau nak rasa ikan, udang, sotong fresh baru naik dari laut boleh la singgah makan di sini.Masa lalu tu tengok udang, sotong, ikan bakar besar-besar.Tok Besah ajak makan mee udang tapi perut dah full sebab lepas ja selesai buat passport terus cari makan.Lapaq hoiiii tak bekpes pagi tu.Melepas nak merasa keenakkan ikan bakar kat situ.



Naik tingkat atas ada deretan kedai menjual pelbagai produk hasil laut.Bermacam-macam jenis.Ronda la dari hujung ke hujung.Kalau berkenan kena dengan harganya boleh la beli.



ehsan google





Ikan bilis pelbagai gred.




Ikan kering, belacan, pelbagai jenis keropok kering semua ada.Pilih saja habuan stok di rumah.





Hasil rembatan kami anak beranak.Penuh satu plastik.Dekat RM100 gak la borong produk makanan hasil laut.





Ada 2 kekurangan Arked Tanjung Dawai ni yang saya lihat.Satunya bangunan arked seperti tidak di jaga dengan sebaiknya.Kotor.

Yang keduanya kedai barangan hasil laut berada di tingkat atas.Kurang sesuai untuk warga tua yang datang untuk membeli produk makanan di situ.Yela....takkan budak-budak muda nak shopping kat situ kan?Tempat-tempat macam tu biasanya digemari oleh warga tua.Kalau kedai-kedai barangan produk hasil laut berada di tingkat bawah rasanya lebih praktikal.Mohon pihak berkenaan pertimbangkan...hihihi...


Dah selesai shopping....jom balik dengan hati yang gumbira....hahahaha....sambil menikmati permandangan yang hijau dan langit yang membiru.






Tenang je kan?

Mana nak dapat permandangan macam ni kalau tak kat kampung-kampung.










You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Kalau ada rezeki pi Kedah boleh lah saya singgah ke sini hehe thanks for sharing Kak Zai! :)

    ReplyDelete
  2. dh lama xp situ...kalau pegi saya suka borong kt kedai tepi jalan ja swbelum sampai arked ni

    ReplyDelete
  3. tak pernah jugak sampai sana. tapi nanti nak try ajak nadh la. boleh naik bot tu. Uwais teringin nak naik bot.

    ReplyDelete
  4. sporting aqil.
    kalu ijat, tgk cuaca dulu. ada kala langsung x nak bergambo!

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^