Basikal Penang | Beli Hadiah Hari Lahir Ke-2 Aqil di Sana

4:06 PM

Basikal Penang | Beli Hadiah Hari Lahir Ke-2 Aqil di Sana



Basikal Penang. Dah lama saya tengok FB Basikal Penang ni. Saja dok ushar-ushar basikal untuk buah hati saya. Nak beli masa hari lahir ke-2 Aqil tapi masa tu pikirkan dia kecil lagi. Lagipon apa yang takda kat rumah tu. Kereta motor dah abah belikan so saya pikir biarlah dia besar sikit dulu.

Ahad lepas bila abah cuti kuar jenjalan sefamili. Masa benti nak belikan lampin pakai buang Aqil untuk stok boleh plak dia nakkan tricycle yang harga nak ke RM100 tu sampai taknak balik tapi takda la nak geguling atas lantai cuma bila ajak naik keta dia taknak naik. Aduh...bukan taknak beli tricycle tu tapi bila tengok harga rasa macam tak berbaloi. Lagi bagus kalau beli basikal terus. So ajak abah ke Basikal Penang yang terletak di Sungai Puyu Butterworth.

Sampai ja kat Basikal Penang terus Aqil teruja.

''Anyaknya beke....wuuuuuuuuuu....''

Tu la ayat keluar dari mulut comel Aqil. Excited kau bila tengok betapa banyaknya basikal kat situ....hahahaha.... Mak pak pon rambang mata tak tau nak pilih yang mana satu.


Memula pilih kaler hijau kuning ni. Kasi try naik dulu sampai takmau turun la.



Terdapat bermacam-macam jenis basikal yang ada di Basikal Penang. Sampai pening nak memilih.Yang tu cantik...yang ni pon cantik.

Antara basikal yang ada di Basikal Penang...



KARGERO BASIKAL LIPAT

Hat ni kalau ada anak kecil yang umur dekat-dekat 2 beradik tu boleh la beli. Style dedulukan masa kita kecil dulu.

DOUBLE TRYCYCLE
Untuk si kecil yang dah pandai berjalan boleh la belikan tricycle yang comel ni.



TRICYCLE
Kalau rasa nak berbasikal petang-petang bersama anak kecil boleh pilih yang ni. Cute kan?



MOTHER & SON
Budak-budak sekolah mesti minat basikal ni. Memang terlajak laku ni.







LE COOPER



Basikal untuk si comel 2 tahun ke atas pon ada. Comel-comel.

BASIKAL BUDAK

Nak lagi unik?

Basikal virago pon ada. Perrrghhhh....boleh bergaya macam bawak motor besar tapi jangan plak dok race kat tengah jalan dengan mat-mat motor...hahaha...

VIRAGO CDR350

Hat ni lagi sempoi. Basikal tapi rupa macam motor. Ha...jangan konpius ok....hihihi...
Yang bestnya boleh pulas bunyi macam motor.

MOTOBIKE CDR750

Rambang mata tak? Hahaha...gila tak rambang mata. Rasa semua nak beli.
Tak dilupakan basikal mountain bike untuk beriadah petang-petang pon ada. Sesuai untuk mendaki bukit dan juga untuk exercise kuruskan badan.

Kalau nak spare part basikal pon boleh cari kat BASIKAL PENANG ni.


Basikal Penang antara kedai milik Bumiputera yang banyak pilihan basikalnya dari kanak-kanak hinggalah dewasa di samping layanan yang mesra dari pekerja. Kot-kot berminat nak beli basikal untuk anak-anak sekitar Butterworth tapi taktau kat mana nak beli boleh pi survey-survey basikal dan harganya sekali kat :-



BASIKAL PENANG
No.5 Jalan Sri Pinang,
Taman Sri Pinang,
Sungai Puyu Butterworth Penang

atau boleh layari facebook BASIKAL PENANG

atau hubungi 017-4413533 untuk pertanyaan.

Akhirnya ini yang kami pilih untuk si comel kami.



Tambah sikit duit lagi dari harga tricycle yang Aqil berkenan kat kedai satu lagi tu dah dapat basikal sebuah untuk dia.

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. alahai comeynye budak debab ni naik basikal...dlu arfan masuk 2tahun pn sy adiahkan basikal jugak..kaler merah lagiii hehe

    ReplyDelete
  2. Banyaknyaaa basikal! Saya pun rasa teruja jugak tengok basikal basikal semua tu haha. Alolo comel je aqil naik beke

    ReplyDelete
  3. Mcm mcm bentuk basikal zaman ni ye Zai...keluar jerlah duit. Okje, zaman sekolah dulu nak beli basikal baru pun susah. Guna basikal recycle jer...
    Sukalah dak kecik tu dpt basikal sure pusing satu rumah. Mamalah kena layan...

    ReplyDelete
  4. alahai comel ni :)
    boleh la berbasikal petang hari ye darling...
    kalau dekat , boleh join dgn ijat :)

    ReplyDelete
  5. wahhh cantik basikal Aqil. ada gak niat nak belikan basikal dekat Uwais. tapi tak pergi survey lagi. tengok kak zai buh basikal boleh letak adik baby kat belakang tu. nak cari yang macam tu jela nanti. boleh dia bawak adik baby dia nanti ekekeke.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers