Tepung Ajaib Kek Coklat | Produk Review

10:14 AM

Tepung Ajaib Kek Coklat | Product Review



Saya seorang yang malas masak kuih-muih kek segala.Tapi kalau roh rajin tu meresap dalam jiwa baru la gigih nak masak kek kuih ni.
Bila di beri tepung ajaib kek coklat ni tak terlintas nak buat lagi.Pemalas dalam bahasa kasaqnya...hahahaha...


Tup-tup last week sedara call kat mak cakap nak datang tengok cucu baru tok Besah yang ke-15 Muhammad Ali Putra so terus tak fikir panjang.Keluarkan tepung ajaib kek coklat ni memulakan operasi memasak.

Ini bahan-bahan dalam pek tepung ajaib kek coklat.Setiap pek tepung ajaib berisi pek ABCD.Hanya perlu tambah 2 biji telur sahaja.


Sangat-sangat mudah cara penyediaannya.Cuma ikut langkah yang disediakan di belakang pek tepung ajaib kek coklat ni.Tak perlu menyukat.

Putar telur sampai kembang.Masukkan pek A + B ke dalam telur dan gaul sebati.
Pastu masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 35 minit.
Kalau taknak kukus boleh juga di bakar di dalam oven.Cuma mengambil masa 50 minit dengan suhu 150C.

Dan siap kukus atau bakar biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan.
Untuk topping, ambil pek C dan tambah 4 sudu besar air mendidih bersama sesudu susu pekat.Kacau sehingga larut dan tuang di atas kek.Hiasakan coklat urai dari pek D atau apa saja bahan lain seperti ceri dan coklat.Dah pon siap.



Masa tetamu datang tu kek ni masih panas-panas lagi...hahaha...ekspress rakyat.

CEPAT SEDAP MUDAH


Cuma rupa paras tak semenggah mana sebab tak pandai bab deco kek dan buat dalam situasi kelam-kabut tapi amat sesuai di simpan sebagai stok masakan untuk hidangan jika ada tetamu yang datang macam ni.Semua puji sedap.Ewah...tetiba orang puji kata kita pandai buat kek.Kembang kempis hidung ni...hihihi...padahal guna bantuan tepung ajaib kek coklat.


Terima kasih kepada BME Enterprise.
Boleh layari website mereka di http://www.bungamalam.com

Untuk pembelian boleh hubungi Eyda 0174597615.



You Might Also Like

12 apa kata anda?

  1. Sangat membantu bila masa terdesak ye Zai..
    Tengok keknya pun sangat moist..
    Tentu sedap..

    ReplyDelete
  2. sedap...memang mudah nak buat kek ni

    ReplyDelete
  3. Ahaii da ade mcm ni..nak buat kek pon ase senang je kan..

    ReplyDelete
  4. memang tersangat mudah dan sedap kan.. kena spare satu kat umah laa.. senang bila tetamu terjah umah.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. kannnn kadang tetamu yang datang terkejut tergempar ni boleh la bukak lemari terus zassss tadaaa siap dah kek hihihihi

    ReplyDelete
  6. campak and campur semua.. then tunggu masak.. setel =D

    ReplyDelete
  7. Mudah ringkas cepat dan pantas..hehe..memudahkan ibu2 yg berkerja..

    ReplyDelete
  8. melelehnya... bila nk buat pon tak tau

    ReplyDelete
  9. Assalam zai,
    aduuuiiiilaaaaaaaaa
    dogaan betui harini
    awat semua blog iols bukak dok tayang kek cekelat mabeles ini
    huawawaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^