MBO Cinemas Kini Di Central Square Sungai Petani

10:25 AM

MBO Cinemas Kini Di Central Square Sungai Petani



MBO Cinemas kini telah membuka pawagam terbaharunya di Malaysia.Pawagam ke-26 ini telah di buka di Central Square Sungai Petani Kedah.



MBO Cinemas Central Square Sungai Petani menyediakan 8 dewan yang terdiri daripada 1157 tempat duduk dan dewan terbesarnya mampu menampung sehingga hampir 300 orang.











Team Projek Blogger Utara di jemput bersama-sama media yang lain ke perasmian MBO Cinemas Central Square Sungai Petani dan berpeluang untuk merasai sendiri menonton di pawagam dengan menonton pratonton filem-filem terkini dan terbaharu yang akan ditayangkan di MBO Cinemas.



Pembukaan perasmian MBO Cinemas pada 26 Disember 2015 sangat meriah.Pada hari tersebut pengunjung turut dihiburkan oleh kumpulan ZERO pemenang Maharaja Lawak Mega 2014.
Pengunjung tidak kering gusi dihiburkan dengan lawak dari kumpulan ZERO.









Pada hari itu pengunjung bertuah juga memenangi telefon bimbit Vivo, jam tangan Ice, barangan premium MBO serta kupon percuma MBO Cinemas dengan menunjukkan kad AllStar atau menyertai keahlian secara serta merta.



Satu sidang media pratonton juga diadakan untuk memperkenalkan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani yang dilakukan oleh Director of Marketing and Sales, MBO Cinemas Mr. Cheah Chun Wai.




Menurut Mr. Cheah, ini adalah hari istimewa kerana Sungai Petani adalah lokasi ketiga di Kedah selepas Alor Star Mall di ibu negeri Kedah dan juga Landmark Central di Kulim.

MBO Cinemas memberikan pengalaman yang terbaik dalam hiburan filem kepada penduduk sekitar Sungai Petani dan rakyat Kedah serta pengunjung dan pelancong ke kawasan Utara.

Tambah Mr. Cheah lagi pawagam MBO adalah antara yang pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrinnya.

Selain itu para pengunjung MBO Cinemas boleh menyertai secara percuma dan mendapat kelebihan dengan MBO Star Club terkini di mana sebagai ahli All Star mereka layak menggunakan Star Points untuk menebus tiket wayang percuma, popcorn, minuman dan barangan eksklusif premium.








Di samping itu juga MBO Cinemas menawarkan perbagai faedah dan keistimewaan untuk ahlinya dengan membolehkan mereka menggunakan lorong istimewa keahlian, mendapat tiket filem percuma pada bulan hari jadi serta menikmati tayangan percuma khas untuk ahli sahaja.

Tempahan tiket secara atas talian juga amat mudah dan senang dengan menggunakan telefon bimbit dan tidak dikenakan sebarang bayaran tempahan.

Satu lagi tarikan di MBO Cinemas adalah harga tiketnya adalah sama biarpun tayangan filem 2D atau 3D.Untuk tayangan 3D pengunjung hanya perlu membeli kacamata 3D dengan harga RM3.

Untuk mengetahui tawaran menarik dari MBO Cinemas bolehlah layari www.mbocinemas.com








Terima kasih MBO Cinemas dan Integrated Public Relations (IPR) kerana menjemput team Projek Blogger Utara ke majlis perasmian pembukaan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani.


You Might Also Like

9 apa kata anda?

  1. Assalam zai,
    weeewiitt
    nanti kita team Projek Blogger Utara terjah MBO bertingkek2 layan movie naaaaaaa :)

    ReplyDelete
  2. besornya panggung.. nampak selesa ni... sebaik kat SP.. hehe

    ReplyDelete
  3. Layan movie kat kulim la hahhahaha

    ReplyDelete
  4. Sha layan kat teluk intan ngn stewan..
    Tapi lama dah x masuk..

    ReplyDelete
  5. dapat dah tiket. tunggu ada cite best je boleh terjah pulak hihihi

    ReplyDelete
  6. wiken ni mau ajak mr.asben layan citer pe pe kat mbo la :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^