FAM TRIP, FUN RIDE with PENANG HOP On HOP Off | Event Review

4:10 PM

FAM TRIP, FUN RIDE with PENANG HOP On HOP Off



Baru-baru ni bila Penang Hop On Hop Off(HOHO) jemput #bloggerutara untuk merasai pengalaman menaiki HOHO bas saya dan kawan-kawan teruja sangat.Saya terus setuju walaupon tahu aktiviti ni mengambil masa setengah hari.Yela kita dah lama mengidam nak naik HOHO KL masa mengandung Aqil dulu tapi tak kesampaian.Dapat naik HOHO Penang pon dah kira ok la.Nak pi dengan suami dan anak cuti plak tak pernah nak sama.Sorang keja sorang cuti.



Memang berharap hari tersebut jangan la ada benda yang mustahak jadi.Jadi pada 25 Oktober 2015 hari Ahad yang lepas berduyun-duyun la geng #bloggerutara seramai 11 orang pergi ke Gurney Drive(Stop 01) dengan perasaan teruja dan gembira untuk menaiki HOHO Penang.


Bagi sesiapa yang tak tahu nak buat apa di hujung minggu atau yang datang ke Pulau Pinang untuk bercuti jom rasai pengalaman menaiki Penang Hop On Hop Off Bus ni.

Apa itu Hop On Hop Off bas?

Hop On Hop Off bas ni adalah The Original Doube Decker Tour Bus.Kalau korang perasan kat Kuala Lumpur dan Penang ada bas 2 tingkat yang ada ruang terbuka dok lalu-lalang atas jalan raya...ha...itulah bas Hop On Hop Off.Kalau di Kuala Lumpur bas HOHO ni sudah beroperasi selama 10 tahun tapi di Penang baru menginjak usia setahun.


Terdapat 2 jenis bas HOHO ni.Satu dek yang terbuka dibahagian hadapan dan yang kedua terbuka di bahagian belakang.Hari tu masa #bloggerutara naik dek yang terbuka di bahagian hadapan.

Laluan Penang Hop On Hop Off Bus


Terdapat 2 laluan HOHO bas di Penang.Satu melalui pantai atau BEACH ROUTE dan satu lagi melalui bandar atau CITY ROUTE.Dengan laluan HOHO bas yang berbeza ia telah meliputi kira-kira 50 tempat utama tarikan pelancong di Pulau Pinang dari Georgetown hinggalah ke Teluk Bahang.



Hari tu kami bermula dengan BEACH ROUTE.Dengan cuaca yang baik, kami beramai-ramai tak melepaskan peluang berada di dek bas untuk menghirup udara segar tepi pantai yang nyaman.Masa ni terasa macam pelancong plak...hihihi....siap melambai-lambai penduduk tempatan di sepanjang laluan.





Antara tempat-tempat menarik yang dilalui sepanjang BEACH ROUTE adalah STRAIT QUAY, SHAMROCK BEACH, MIAMI BEACH, TROPICAL SPICE, ESCAPE, NATIONAL PARK dan TAMAN RIMBA.





Selepas pusing satu round untuk BEACH ROUTE kita akan turun di Stop 01 di Gurney Drive untuk menunggu bas CITY ROUTE yang akan melalui bandar Georgetown.

Untuk CITY ROUTE anda akan melalui tempat menarik di sepanjang laluan antaranya BOTANICAL GARDEN, KEBUN BUNGA, PENANG HILL, KEK LOK SI, KOMTAR, LITTLE INDIA dan juga FORT CORNWALLIS.



Kalau tak naik HOHO bas ni takdelah nak ada perasaan bergambar dengan bangunan kebanggaan orang Pulau Pinang ni....hihihi...nama ja orang Penang tapi tak penah ada lagi gambar dengan Komtar.Nah...inilah pengalaman orang Penang...hihihi...

Turun di tempat-tempat yang menarik


Jangan risau.Kalau anda berminat untuk turun di sepanjang laluan untuk bergambar di tempat yang menarik seperti di atas tadi, HOHO bas ada 2 perhentian bas yang berbeza.Satu Standard Stop dan satu lagi Stop On Demand.

Anda cuma perlu tekan loceng dan HOHO bas akan berhenti di mana-mana stesen atau tempat menarik yang anda ingini.Contohnya anda ingin turun dan berjalan-jalan sekitar Komtar.Cuma tekan loceng dan bas akan berhenti dihentian 07.Jika anda ingin naik kembali, anda cuma perlu pull the hole(seperti dalam bulatan biru di bawah) sehingga tanda berubah menjadi Pick Me Up dan tunggu bas yang berikutnya datang.Jangan risau jarak masa bas yang berikutnya hanya kira-kira 20 ke 30 minit bergantung kepada keadaan traffik.

Bagaimana nak beli tiket?

Tiket boleh di beli
-di Hop On Hop Off doube-decker bus(walk in)
-kaunter bergerak Gurney Drive(Stop 01)
-kaunter bergerak Chowrasta(Stop 09)
-Online tiket di www.myhoponhopoff.com
-Agen tiket yang sah

Tour package termasuk CITY ROUTE dan BEACH ROUTE yang bermula dari 9 pagi hingga jam 8 malam.

Harga tiket untuk dewasa RM19(untuk 24 jam) dan RM32(untuk 48 jam).Jadi anda tak perlu risau jika tak berkesempatan nak habiskan tour dalam sehari.

Bagi pelajar/kanak-kanak/OKU harga tiket cuma RM12 dan kanak-kanak bawah 5 tahun adalah percuma.

Promosi Penang Hop On Hop Off


Bermula 1 September 2015 hingga 30 November 2015 HOHO Penang ada buat promosi tiket serendah RM5 bagi pemegang MYKAD.


Anda cuma perlu mengisi maklumat diri di dalam borang dan tunggu pengesahan tiket di email.Print email dan bawa ketika hendak menaiki HOHO bas.


Tiket hanya di bayar sewaktu menaiki bas.Mudahkan?

Jadi apa tunggu lagi.Pakat-pakat booking tiket RM5.Jom sama-sama rasai pengalaman menaiki HOHO bas sambil menikmati pemandangan tempat yang menarik.

Jutaan terima kasih kepada HOHO Penang dan Cik Munirah yang sudi menjemput #bloggerutara merasai pengalaman yang mengujakan ini sambil mempromosikan HOHO Penang dan Pulau Pinang.


Info sadis :- promotion RM5 di Penang tu dah di tutup.Pihak HOHO telah sampaikan perkhabaran sedih ni.


Tapi untuk HOHO KL promotion masih berjalan hingga 23 Nov 2015 ni.
So apa tunggu lagi.Cepat-cepat rasai pengalaman menaiki HOHO bas ni.


You Might Also Like

10 apa kata anda?

  1. Tahniah buat semua geng #bloggerutara..korang memang havoc & happening

    ReplyDelete
  2. Menarik tambahan ada cara pembelian tiket Online. Dan promosi tiket RM 5 kena rebut ni

    ReplyDelete
  3. jom kali ni kita bawa family plok..

    ReplyDelete
  4. terbaik :)
    aida boleh bayangkan keseronokan nya.
    sebab da pernah naik hoho kl :)
    just nak tanya ~ beach tour & city tour, masing2 brape lama ekk kita atas bas tu kalau tak turun?
    and, kalau kita turun mana2 point, lama x nak tunggu next hoho?
    tq...

    ReplyDelete
  5. Wahhh macam best! Hmm senang juga kan, tak payah fikir nak sewa kereta ke apa :)

    ReplyDelete
  6. sakan noooo hampa jalan2.. tak ingat ceq pun =P

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^