Resepi | Apam Susu Belang

11:56 PM

Resepi | Apam Susu Belang



Hari ni tetiba roh rajin meresap dalam jiwa.Rasa nak masak sesuatu.Kebetulan memang ada barang-barang marilah meneruskan niat yang satu itu.Kang roh rajin tu keluar balik apa pon tak boleh.

Kebetulan dok tengok banyak resepi kat page fb Resepi Sheila Rusly terus teringin macam-macam.Kita masak apam susu belang je.Benda senang camgini boleh la.Cuba yang susah-susah renyah....tak jadi punya.Lagipon resepi sukat pakai sudu cawan ni saya suka.Kalau hat kena timbang pakai tak jadi la.

Bahan-bahannya :-
1- 4 biji telur
2- 1 sudu teh esen vanila
3- 1 sudu besar ovalate
4- 1 cawan gula
5- 4 sudu besar susu pekat
6- 2 cawan tepung gandum
7- pewarna

Cara-caranya :-
●Bahan no.1 sampai 5 blend sampai halus dan kembang
○Pastu masukkan tepung gandum dan gaul sampai sebati
●Bahagikan pada beberapa bahagian dan warnakan.Macam saya ada 1 warna ja so bahagi 2 je la
○Oles loyang dengan sedikit majerin dan masukkan adunan berselang-seli
●Kukus selama 45 minit


Ni la rupa apam susu belang yang tak nampak sangat belang tapi kombinasi warna dia cantik....hihihi...puji sendiri.


Sedap.Jadila habuan makan petang tadi tapi tak manis sangat.Kalau yang suka manis-manis boleh tambah susu pekat tu lagi 2 sudu kira ok dah kot.

Mudah dan ringkas.

Selamat mencuba.

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Efisyen ~

    dah masuk sini.. tu lah semalam tengok berkenan jugak...

    semalam bersilat kat dapuq jugak.. guna ovalete, tapi buat ais krim.. ngeh2

    ReplyDelete
  2. Ovalate tu biasa ada jual kat mana eh kak? :)

    ReplyDelete
  3. wahhhh cantik. jadi lah tu. janji sedap ditekak kita. itu yang penting kannnnnnn hihihi

    ReplyDelete
  4. wow menarik...
    kalau ada warna turqoise, couple dgn pink = marbeles!

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers