Bergaya Bersama Beg Tangan Terbaru

10:37 AM

Bergaya Bersama Beg Tangan Terbaru

 
 
 
 
Beg tangan dan wanita memang tidak dapat dipisahkan! Ini kerana wanita di seluruh dunia tidak kira umur sangat obsess dengan handbag. Setiap wanita pastinya akan cuba dapatkan handbag kegemaran mereka mengikut cita rasa mereka dan hanya akan pilih yang terbaik untuk dibeli. Mereka menganggap beg tersebut adalah seperti satu investment buat mereka. Beg tangan yang berkualiti tinggi akan tahan lama dan boleh dipakai untuk bertahun-tahun lamanya dan ini adalah sejenis ‘idea pelaburan’ yang cukup bijak dan bagus serta menjimatkan wang anda.
 
Terdapat banyak pilihan beg tangan terbaru untuk wanita yang boleh didapati di luar sana. Antara jenis-jenis beg wanita ialah shoulder bags, tote bags, sling bags, wallet, purses, clutches dan backpacks. Handbag bukan sekadar digunakan sebagai aksesori yang melengkapkan penampilan wanita malah sebagai pelaburan yang cukup berguna.



Macam saya lebih sukakan shoulder bags atau tote bags yang besar.Biasa la perempuan...hahahaha...Kalau boleh semua barang pon nak campak masukkan dalam beg.

Lagipon senang sikit bila dah ada anak kecil ni.Sumbat sekali botol susu, lampin pakai buang dan baju anak barang sepersalinan.Kan senang tu.Tak payah nak angkut 2 3 beg dah.

Yang penting nampak cantik nampak lawa nampak elegen...tak gitu?
 
 
 
Beg adalah antara item paling penting buat mereka kerana ianya bukan sekadar melengkapi persalinan anda namun turut memainkan peranan yang lebih penting iaitu digunakan untuk meletakkan barang-barang penting ketika keluar. Selain daripada itu handbag turut menggambarkan personaliti seseorang dan menyerlahkan cita rasa juga.
 
Amacam?Menarik tak?

Selain daripada jenis rekaan yang berbeza anda juga pasti tersedar ianya datang dengan saiz, bentuk dan warna yang pelbagai bagi menepati cita rasa setiap wanita di luar sana. Terdapat banyak blogshop atau website online shopping Malaysia di internet yang menawarkan beraneka pilihan handbag murah daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan. Tidak perlu risau tentang kualiti kerana mereka menyediakan handbag wanita murah yang diperbuat daripada bahan bermutu tinggi. Gunakan bag anda semaksima mungkin dan tambil bergaya dengannya untuk dibawa ke pejabat atau majlis-majlis istimewa seperti kenduri kahwin dan sebagainya.
 
 
Apalagi jom cuci mata tengok beg tangan terbaru dan murah.Mana tu berkenan boleh bergaya masa majlis kenduri kawen sahabat handai nanti.
 

You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. saye pon suke handbag besar2! haha

    ReplyDelete
  2. beg besar sumbat barang ank ja banyak

    ReplyDelete
  3. ooo zai pun dpt offer dari zalora eh hehehe

    ReplyDelete
  4. ladies dgn bag tangan memang takleh pisah eheh..

    ReplyDelete
  5. kita pakai beg simple dimple untuk bawak barang anak tu je hewhewhew. malas nak menggalas kat bahu sebelah :p

    ReplyDelete
  6. aida sgt suka handbag besar!
    senang... maklum la, mak byk anak :) ha ha ha

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers