Jika berkemampuan maka pergilah

4:41 PM

Jika berkemampuan maka pergilah


Assalamualaikum


Tadi dok belek-belek FB ternampak keratan akhbar ni.Terus terpanggil nak buat entri bagai.

Jika berkemampuan maka pergilah.




Berkemampuan bukan semata-mata wang ringgit tapi mampu dari segi kesihatan, aman perjalanan, tidak di tahan, terdapat mahram/suami bagi perempuan dan tidak berada dalam idah bagi perempuan.


Hmmm...jangan plak ada yang kata 'Eleh...mentang-mentang dia dah pernah pi haji dan-dan nak UP entri macam ni.'

Eh...bukan niat nak bermegah ke apa cuma nak galakkan kita-kita ni sementara masih muda masih sihat tapi mampu dari segi wang ringgit kalau dah sampai seru dah di jemput Allah menjadi tetamu-Nya janganlah tolak peluang.

Rugi.


Macam saya ritu kalau di ikut-ikut memang tak mampu dan rasa tak layak lansung nak menjadi tetamu Allah kat sana.Ah....sapa la saya masa tu.Berpakaian tak semenggah mana...perangai tah apa-apa...ilmu agama pon tak cukup di dada rasa kerdil ya amat tapi mungkin dah sampai seru maka dapat juga sampai sana.Itupon dapat rezeki terpijak.Kalau ikut duit simpanan berapa sen sangat la yang ada...huhuhu...

Sebelum saya tunaikan haji dulu belum ada sapa-sapa lagi staff kat sini yang tunaikan haji.Kalau buat umrah dok dengar selalu.Bila masa jamuan raya depa umum kata saya nak ke Mekah buat haji barulah saya dapat tau ada sorang engineer perempuan ni dah 2 kali tolak panggilan haji.Beliau mampu dari segi wang ringgit tapi alasannya ada anak kecil lagi dan ada yang bersekolah.Kalau tak beliau pon pi haji sama tahun dengan saya.Lepas saya balik dari Mekah terus beliau interview dan akhirnya tahun berikut tu beliau pergi menunaikan haji bersama suami meninggalkan anak-anak kecilnya di kampung.Sapa kata ada anak kecil tak boleh tunaikan haji?

Masa kat sana saya tengok ramai ja yang muda-muda pergi tunaikan haji.Ada tu umur 18 19 dah buat haji.Saya ingat masa tu saya la yang paling muda tapi jangkaan meleset.Ada lagi muda rupanya.

Pastu tengok plak makcik pakcik tahap atuk nenek kita.Umur dah 70 80 baru boleh buat haji.Mungkin mereka orang susah dan tak berkemampuan nak pi masa muda.Jalan terbongkok-bongkok berkilometer semata-mata nak bersembahyang di masjid.Kesiannya tengok.Pastu tengok plak masa berjalan naik nak melontar ke jamrah.Sayunya.Dah la laluan nak ke jamrah tu mendaki sedikit.Susah payah makcik pakcik ni naik.Allah.Kalau la saya boleh dukung seorang demi seorang masa tu saya dah buat rasanya.

Macam mak saya kalau dilihat dari luaran nampak cergas takde sakit apa pon.Mak mampu pergi haji sebab takde sakit kronik tapi ada masalah dalaman.Kencing tak lawas.Masalah gak ni.Nak dekat-dekat masuk waktu sembahyang baru la pulun nak cari tandas.Kang kencing awal-awal bila nak masuk waktu rasa nak kencing lagi plak.Ni la sebabnya kadang kami berdua terlewat ke masjid.Kadang tu sembahyang kat luar masjid ja sebab dalam dah penuh.Kadang tu redah gakla masuk basement atau atas bumbung.Sebab tu mak saya taknak ikut makcik-makcik sebilik pi sembahyang.Takut menyusahkan orang.Awal-awal orang boleh la tolong tapi lama-lama orang pon mesti tak suka.Bukan kita tau kan?

Tandas kat Mekah dan Madinah bukan macam kat masjid-masjid di Malaysia.Kalau macam saya hari tu ikut pintu 1 Masjidil Haram tandasnya di bawah tanah perkarangan masjid.Macam tu gak kat Madinah.Kat bawah tanah perkarangan masjid.Dengan tingginya tangga dan escalator yang nak turun tu.Kalau makcik-makcik dah tua tu nak buang air cemana la agaknya ya?Terkial-kial turun tangga.

Yang ni antara apa yang saya nampak kat sana.Kadang tu tengok sampai bergenang air mata.Kesian kat orang tua-tua.Dok terbayang masa tu kalau la mak pi sorang-sorang hari tu mesti macam ni gak keadaan dia.Syukur la saya ikut sama tunaikan haji dengan mak.

Sebab tu saya sarankan kalau berkemampuan maka pergi tunaikan haji waktu muda, sihat dan lapang ni.Biar kuat kudrat baru la rasa selesa nak beribadah.







Bila up entri ni dan-dan teringat sorang jiran tu cakap ''Boleh ka hang pi wat haji ni?'' dengan nada sinis.Yela...mentang-mentang dulu saya perangai tah apa-apa boleh dia cakap camtu.





You Might Also Like

18 apa kata anda?

  1. insyaallah, sampai masanya saya akan menyusul di sana...doakan saya...

    ReplyDelete
  2. wahh alhamdulilah zai.dah perji haji bagus la... harap ekin pun dapat tunaikan haji suatu hari nanti

    ReplyDelete
  3. AlhamduLILLAH dan tahniah dah sampai di sana.. semoga saya juga akan sampai satu hari nnti ;))

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. duit terpijak..???

    Pijak kat mana tu..?? nak pi jugak kat situ.. kot2 terpijak...

    Ada rezeki, boleh sampai sini macam akak.. heee

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..setuju sgt dgn zai.. tunaikan haji ni adlh tetamu Allah yg Allah jemput..kalau berkemampuan pon kalau Allah tak jemput takkan dapat pergi..rezeki Zai dpt jd tetamu Allah ke Rumah Allah

    ReplyDelete
  6. wah..bestnya..alhmdulillah dh slesai 1 lgi rukn islam kan..

    ReplyDelete
  7. sungguh kak zai.. bila Allah dah tetapkan kita pada waktu tu untuk pergi, siapa kita nak mempertikai dan menghalangnya..:)

    ReplyDelete
  8. Assalam zai,
    Alhamdulillah
    nice sharing zai :)

    ReplyDelete
  9. Allah sayunya baca. Km Suami isteri tak bajet nak pergi luar negara mana2 melainkan Mekah sahaja. Doakan km kak zai. Muda2 boleh pergi sana. Masa ni kudrat masih kuat tambah cuaca kat sana panasnya ya tuhan.

    ReplyDelete
  10. Best nya....suka sgt dengaq org cerita psal mekah n madinah...lgi2 klau bab2 haji n umrah...Allahu....bila la giliran kami ni

    ReplyDelete
  11. Hai.. cakk.. Jemput Join dan memeriahkan Giveaway Birthday Mum & Sister Tengkubutang yang sedang berlansung sekarang yea.. ada lagi "2 HARI" je untuk submit entri.. Pemilihan Pemenang adalah secara Random.. Hadiah berni;ai Lebih RM500 untuk dimenangi.. jom join.. mana tau ini rezeki Anda?? meh meh join.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, itulah rezeki... doakan kami jua ada rezeki ke sana...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah Zai.. in shaa Allah nak jugak menjadi tetamu Allah.. doakan semoga kami dapat menjejakkan kaki ke sana..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah, da dpt gi.
    syukur! aida berniat nak pergi cuma lom mampu dari segi duit.
    bab niat tu da bulat.
    kalau dpt panggilan, pergi.
    duit boleh dicari...
    pergi time muda. time bertenaga!

    ReplyDelete
  15. in sha Allah.. smoga mnjadi tetamu Allahh

    ReplyDelete
  16. insyallah.. ada rezeki dan tertulis kita dijemput ke sana.. memang kita akan sampai..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah..rezeki zai..semogakita semua beroleh kesempatan menunaikan haji..

    ReplyDelete
  18. alhamdulilah tahniah kak zai. kalau ada duit memang rasa dah pegi haji. tapi belum mampu bab duit huuuu.

    tapi tula kan orang kata selagi Allah tak seru tak dapat jugak nak pegi.ada orang berduit. sihat cukup serba serbi tapi Allah belum panggil dia lagi. kita ni yg rasa dah tergedik2 nak pegi nguuuuu

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers