Jawapan teka buah semalam

11:36 AM

Assalamualaikum

Semalam kita dah main teka buah so hari ni saya bagi jawapannya.
Nampaknya Ju sorang ja yang bagi jawapan yang betul....hihihi...tahniah Ju...hang memang tak jakun macam kami...hahahaha...

Masa kawan bawa mai buah tu saya dah jakun dah.Terpegun tengok biji dia yang pelik tapi cantik.



Cantikkan biji buah tu dari dekat.Indahnya ciptaan Yang Maha Esa.

Jawapan bagi teka buah semalam adalah




BUAH PALA.

Buah femes kat Penang tapi saya selaku orang Penang tak makan dan tak penah kenal pon buah pala yang betul sebelum jadi jeruk.

Jakun gila.

Teringat dedulu masa study kat Keyel.Asal nak balik Penang ja kawan-kawan mesti order jeruk buah pala.Hoi...aku tak makan hampa nak order plak...adehhhhh....Sedap sangat ka?


 Pastu teringat sorang kawan Keyel saya wat kenduri kawen.Dalam banyak-banyak hidangan buffet nasi kenduri tu terselit jeruk campur camni beli kat Penang berpuluh kilo.


Masa kenduri tu saya tengok orang sana dok berebut ambik jeruk ni ja.Nasi tak makan pon.Pukul 2 petang jeruk tu abis dulu.

Banyak bagi jawapan buah tampoi.Memang rupa dari luar seakan-akan buah tampoi.Buah tampoi ni pon saya baru penah tengok dan makan masa mengandungkan Aqil dulu.Abang dokte bawa balik dari Johor masa raya tu.Kalau tak jakun jugak la saya bila orang bagi jawapan buah tampoi...hihihi....








p/s : semua pic kedit to abang google





You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. saya pon xmkn sgt buah pala..mmbr kat KL suka beli..buah tampoi sedap

    ReplyDelete
  2. cissss... kalau aku tau aku gugel dulu sebelum jawab... salah pulak tu...

    ReplyDelete
  3. info bagus ni.Biasa tengok jeruk buah pala,tapi rupa sebenar buah pala memang tak pernah tengok.

    ReplyDelete
  4. laaaaaaaaa buah pala ke hahaha
    igt buah pala xde meroh2 mcm tu
    mmg unik betul

    ReplyDelete
  5. Saya memang slalu beli buah pala ni bila p penang. Tapi taktau pulak biji dia macam tu....pelik lah. Hehe

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers