Cuti Hari ke-2 dan 3 | Nasi Kandar Kampung Melayu dan Bukit Bendera

4:52 PM

Nasi Kandar Kampung Melayu dan Bukit Bendera


Assalamualaikum
 
Salam siaran dari tempat keja.
Hari ni baru start keja selepas seminggu company shutdown.
Patutnya sekarang saya kat Langkawi sambung cuti direct tapi hari Isnin malam Selasa tu badan Aqil mula dedaq nak demam.
Semalam demam pi klinik terus pi check-up 15 bulan sekali.
Harini abah tolong pantau keadaan Aqil.Harap dah beransur sembuh.
 
Ok...moh cite pasai cuti seminggu tu.Kita cite hari tahun baru bersamaan 1 Januari tu punya jalan-jalan.
Memang tak plan pon nak pi cuti mana-mana.Sebab selalu kalau plan memang tak jadi.Kena cakap masa tu terus siap-siap baru jadi...hihihi...
Pagi tahun baru tu lepas mandi sarapan dengan mak semua tetiba suami cakap
'Jom jalan-jalan Bukit Bendera.'
 
Kita apalagi....dah driver cakap jom terus siap-siap jadi je la.
 
Aqil teruja tengok mama lawa :P

 Nasi Kandar Kampung Melayu

Dah sampai area Air Itam suami ajak makan dulu.
Tanya nasi kandar situ mana yang sedap.Saya ajak makan nasi kandar Kampung Melayu la.


Pemes kot kan.

Sampai situ jam 11 lebih camtu orang beratoq punya la panjang.Meja pon penuh.
Saya beratur suami jaga Aqil kat meja dengan mak dan anak sedara.
Bila nak dekat sampai turn suami plak beratur.


Nahaaaaa...kalau suami yang pilih lauk nasi kandar camgini la.
Tak nampak nasi.Lauk sesaja.Kuah banjir.


 
Untuk nasi 4 orang makan berlaukkan ayam 3 ketul besar, telur 1, sotong 3, daging 1 dan 4 gelas air baru RM38.

Kira murah la kan kalau makan nasi kandar camni. Selalu nasi campur ayam+sayur dah dekat RM6 dah.

Bukit Bendera

 
Setel makan terus ke Bukit Bendera.Sampai situ cari parking dah satu hal.Parking jauh sangat.Jenuh nak jalan.Nak nak pulak time cuti sekolah ni memang payah la nak dapat parking.

Orang beratur nak beli tiket punya la ramai.Panjang jela-jela.
Yang sebenarnya beratur panjang-panjang tu bukan semua nak beli tiket pon cuma teman beratur.Kadang satu family 6 orang beratur yang tukang beli sorang ja.

-______________-
 
Gimik ja lebih bila nampak ramai-ramai.
 
Harga tiket naik Bukit Bendera(kena tunjuk Mykad).
 
harga pada Januari 2015

 
 
Naik ketapi baru laju ni tak sampai 5 minit dah sampai ke puncak Bukit Bendera.
Saja biar Aqil jalan sendiri kat atas tapi dia menangis sebab penat nak kena jalan mendaki.
Pastu masak la abah kena dukung anak yang berat 11.6 kg

@____@
 
 
Naseb la ada abang Iskandar boleh la gilir-gilir dukung adik Aqil...hihihi....
 
 
Dalam banyak-banyak yang ada kat atas tu saya suka tengok auntie ni buat belalang guna daun kelapa.Dah la sebijik macam belalang.Comey plak tu tapi saya tak beli pon.Aqil tak pandai main lagi benda camni.
 
 
Kat atas Bukit Bendera ada Owl Museum tapi kami tak masuk pon.
Tangkap gambar kami anak beranak ja kat buai depan muzium tu.
 
 
Naik tangga kat belakang tu sampai la kami ke KOREA...hihihi...


 
Ala...macam kat Korea tu.Love Lock.
Boleh la fefeeling macam kat sana padahal panas terik kat atas ni.
 
 
Lepas mendaki bukit ke masjid solat dan basuh poo poo Aqil kami pon beransur pulang.Sebenarnya ada macam-macam lagi kat atas tu.Ada Strawberry Hill, Aviary Ginger Garden, food court.

 
 
View dari atas Bukit Bendera.Kebetulan hari tu langit cerah elok ja.Alhamdulillah.
 
 
Turun dari Bukit Bendera kami lajak ke Batu Feringgi.Suami dan anak sedara nak mandi laut.Aqil pon mandi jugak tapi takut sebab geli pijak pasir yang basah kena air.

 
Lepas mandi manda bagai balik tu ke rumah abang no.3.Ada sambutan hari jadi kecil-kecilan.
 
 
Nindia besday girlnya.
Izzara dan Iris.
Harap Izzara dan Iris berjaya dunia akhirat.
 
 
Habis percutian di hari pertama tahun baru.
Malam tu tido umah tok Besah ja.
Esoknya 2 Januari 2015 hari ke-3 tak kemana-mana.Dok rumah rehat-rehat.
 

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. pergi bukit bendera dapat bawa balik bendera tak? huhu

    ReplyDelete
  2. Assalam zai,
    iols dah kawen ni tak pernah naek bukit bendera g
    dolu cintan cintun adala naek :)

    ReplyDelete
  3. ritu naik berhimpit himpit.. bratuq 2jam nak naik.. isk isk.. akak dok penang ka? ke seberang ? CT masuk owl museum tu muahaha.. xyah masuklah xpe hahaha..

    ReplyDelete
  4. rasanya kira dah dua kali naik bukit bendera ni. tapi tak pernah smpi tempat kunci tu haaa. mana nak sampai jalan tak rata. pastu komplen tak jumpa pulak sobssss. kata kat diri sendiri

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers