Tempat Makan Best Di Penang | Cabai Kering Steamboat & Grill

12:31 PM

Tempat Makan Best Di Penang | Cabai Kering Steamboat & Grill


Assalamualaikum
 
Baru-baru ni tetiba teringin nak makan steamboat.
Pi tengok steamboat kat area Taman Tun tu tutup plak kedainya. Fikir punya fikir baru teringat ada restoran baru buka dalam bulan September tahun lepas kat area Wakaf Seetee Aisah kat Seberang Jaya tu jadi mohler try test makan kat situ.
 
 
 
Masa kami sampai tu baru lepas Maghrib jadi orang tak ramai sangat. Ada 4 5 orang camtu.
Kat sini ada makanan goreng-goreng macam nasi goreng, mee goreng dan ada juga nasi ayam. Steamboat dia bukan yang jenis ambik banyak mana makan sampai kenyang tapi set by set.
Dah berdua pastu nak try test dulu so mengorder la set steamboat dua orang.
 

Air limau kasturi bancuh
Nindia set untuk 2 orang. Ada sotong, udang, 5 jenis fish ball, 4 jenis sayur, 2 jenis cendawan dan bihun/maggi.


 
Didatangkan juga dengan ayam, daging lembu dan daging kambing untuk grill dengan harga RM34.90 satu set.


 
Ewah...jom main masak-masak dengan asben...hik..hik..hik...
Kami ambik kuah tomyam hari tu.




Close up sikit ayam grill kita....aummmmm.....


 
Untuk Aqil kami order nasi ayam tapi bukan Aqil yang makan banyak pon...abah yang perabih.
Eh...sesejak misi kata Aqil kena diet sikit dia memang kurang makan. Kalau nasi makan 2 3 suap pastu dah takmo dah. Risau pulak bila anak yang selalu makan banyak dah takmo makan.


 
Untuk yang makan tak banyak or yang pi berdeting-detingan boleh la makan steamboat kat sini.Kalau jenis kaki makan...boleh masuk untuk 3 orang makan punya rasanya tak cukup kot...hik...
Kuah tomyam tu saya suka.

Sedap...pedas menyengat...masam...i like.
 
Untuk makanan saya bagi 4/5 bintang.
 
Fasiliti kat situ saya rasa memang ok. Kalau di tengok dari jalan memang nampak parking kat Wakaf Seetee Aisah full tapi pusing ke belakang berlambak yang kosong. Boleh parking dekat 40 buah keta rasanya. Parking la ikut suka mana nak parking.
 
Untuk yang ada anak kecil around 3 4 tahun pihak restoran ada sediakan mini playground untuk bermain.Boleh la mak pak makan dengan santai sikitkan.
 
 
Bagi yang ada baby kecik disediakan baby bouncer tapi limited la. So mak takyah susah payah nak pangku baby.


 
Yang besar macam Aqil kita letak dalam baby chair la ye.
Ha tengok.Bukan main suka lagi Aqil.


 
Susunan meja kat situ pon tak terlampau rapat.Memudahkan kita nak bangun.
Overall untuk fasiliti saya bagi 4/5 bintang.
 
Untuk nak tahu lebih lanjut tentang Cabai Kering Steamboat & Grill, menu-menu terbaru ke... kot-kot ada diskaun ke harga untuk ladies night ke harga untuk ibu mengandung ke kan boleh ke facebook Cabai Kering Steamboat & Grill sebab selalu dok tengok ada offer macam-macam.

Kalau nak tempah boleh calling calling depa kat nombor 04-3831246 ni sesiap okey. Cabai Kering Steamboat & Grill ni buka dari jam 2.30 petang sampai 11.30 malam.
 
 

You Might Also Like

10 apa kata anda?

  1. wahwahwah susah nak tgk kedai yg sediakan bouncer mcm tu. bagus betoi haaaa

    nanti boleh ajak nadh try lah

    ReplyDelete
  2. WAHHHHHHHH ADA BABY BOUNCER LAGI HAAAAAA

    ReplyDelete
  3. Assalam zai,
    laaaaaaaaaaaa...pasaipa aqil tak lalu makan pulop ni??????

    ReplyDelete
  4. ni bukan kedai Adam bekas sup kilang kita tu ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Adam tu la.. Chinese Muslim. Kan?

      Delete
  5. hai singgah sini kejap..eh eh..kedai mak sedara kita la...hihihi...

    ReplyDelete
  6. sedap ea tomyam dia..

    okeh ! boleh masuk dalam wishlist...

    ReplyDelete
  7. serbu 30 hb ni..tp belum book utk sekawanan office kami..hihi..xsabar rasanya

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers