Assalamualaikum
Hari ni mesej suami suruh bawa Aqil gunting rambut petang tadi lepas suami jemput Aqil dari rumah pengasuh.Rambut dah panjang sangat padahal tak sampai 3 bulan potong rambut dia hari tu.Cian plak kat Aqil.Berpeluh-peluh bila bawa ke tempat-tempat yang panas.Tido malam kena kipas pon kepala basah peluh.Sengaja suruh suami pendekkan semua.Takyah simpan rambut atas Aqil.Buat bagi sama ja macam askar.
Ni pic sebelum potong.Pic hari Selasa.Rambut panjang muka sweet macam mama dia(perasan sikit tang sini).
Yang ni pic tadi lepas gunting rambut.Terus nampak macam muka abah yang cengei (jangan abah baca udah la).
Arrrghhhh....mula la rindu rambut Aqil yang panjang tu.Terus rasa nyesal plak suruh potong pendek semua...wuuuwuuuwuuu...
Takpe....takpe...kejap je rambut Aqil akan panjang.Sabaq sat.Kalau tak kerana kesiankan anak asik berpeluh-peluh takde makna mama nak suruh potong.