Product Development Team Building siri 2

11:27 AM

Assalamualaikum
 
Ok...gambar dah dapat mohler mengapdet pasai team building Isnin lepas.
Bila cakap pasai team building ada kawan-kawan yang tanya dan cakap
ampa ni team building sampai berapa kali setahun?
buat kat dalam Penang ja?
tak menarik pon...
 
Okla kan team building dalam Penang je pon janji ada hadiah menarik dari takdak team building sampai taktau peruntukan yang company bagi kat satu-satu company pi mana....gituuuuuu....
 
Ni department saya dulu.Tak ramai pon.Department baru up dalam company sampai orang taktau wujudnya kami dalam tu sebab kami tak related dengan production.Kami banyak wat keja kat luar.Gambar ni masa nak bertolak ke Hotel Rasa Sayang untuk team building.

saya yang hujung sekali dan size masih M...hahahaha...

Ni 2nd team building kami.Ke Langkawi lah kite....hihihi...Boleh la lepas sampai Langkawi sebab tak ramai sangat pon.
separuh ja yang naik Gunung Mat Cincang.yang lelain gayat.size pon dah tukar jadi L -..-
Bulan 6 yang lepas department ada buat team building tapi kat P1(bangunan lama) je la.
 
Pastu 10 November lepas department buat lagi team building kat P1 jugak.
Ni group saya...Nisshio.
Kami tak pakai pic berdiri tegak ramai-ramai.Kami main selpiaq ja...hikhikhik...
 
 
Macam yang lepas punya bila dah bergabung dengan Product Development group maka jadi la bertambah ramai macam budak-budak sekolah.Aktiviti pon jenis sukaneka budak sekolah rendah jewwwww.....
 
Kami dah dibahagikan kepada 10 kumpulan seminggu sebelum tu so memasing arrange transport dan nama kumpulan.Senang...car pool ja.Lepas breakfast kami ke taman berdekatan untuk sukaneka...hahaha...
 
1st game Siamese twins.Berjalan berdua sambil bawa belon bergilir-gilir dengan dahi ke dahi/dagu ke dagu/bahu ke bahu dan sampai ke bontot ke bontot pastu ambik bola ping pong dan patah balik ke tempat asal.
 
Saya kena bahu ke bahu.Fuhhhh....seksa gak.
 


 
2nd game Caterpiller.Berjalan bercantum tengah-tengah dengan belon ambil bola ping pong dan pusing ke tempat asal.Game ni saya kena dok depan sekali.Gila lawak tengok memek muka dan aksi badan.Dah macam hulk hogen pon ada :p
 

 
3rd game adalah gravity defier.Committee sediakan kotak besar, bubble pack, gunting, pisau, getah, kertas keras dan salotape.Setiap kumpulan kena cipta satu module setinggi 1 meter yang boleh jalankan bola ping pong tanpa halangan.Bola ping pong dari kumpulan mana yang paling lama berjalan akan jadi pemenang.
 
Kata Product Development mesti dapat pikir camna nak buat so bertungkus lumus pakat siapkan module dalam masa setengah jam.Ni la module yang tercipta.Macam-macam bentuk dok ada.
 




 
Lepas abes semua game kami bertolak ke E & O Hotel untuk lunch.Penuh kami ja dalam restaurant tu.
 
 
Antara yang sempat saya makan.Ada yang ambik tapi kongsi berdua dengan kak Ros.Eh...walaupon kita besar tapi kita tak makan banyak sangat.Kongsi-kongsi boleh la.Nak makan sepinggan tiap jenis tu sorang-sorang memang tak la.
 





 
Lepas makan kami akan bertolak ke Queensbay Mall untuk tengok wayang plak.Kali ni depa pilih movie Intersteller.Errr...ni kali ke-2 saya tengok wayang tahun ni.Kalau takda team building rasanya tak tengok wayang la saya...hahaha...
 
Tapi sebelum tengok moh ler bergambar beramai-ramai.
 
 
Agak-agak kalau ramai camni boleh ka kami nak pi team building kat luar?Mau cirit director kami nak sign budget RM RM RM...hahahaha...
 
Kali ni pon ada lucky draw gak tapi committee takmau habaq hadiah apa.Memula katanya lepas game nak bagi lucky draw tapi depa tau ramai pakat nak blah masa tengok wayang tu so depa ubah kata lepas wayang.Dengar-dengar ada baucer Sunshine, tiket wayang dan Ipad mini.

 
pic google jek
Ipad mini dapat kat sorang kawan kami.Fuh...sonok dia.Saya?Balik awal sebab asik nak lena ja tengok cite tu...hahahaha...Balik main dengan Aqil lagi best...hik..hik...hik...
 
Walaupon nampak aktiviti biasa tapi dengan team building ni la kami boleh kenal satu sama lain walaupon takda related keja dengan ahli kumpulan.Kalau tak selisih sebelah bahu pon wat tau ja -______-
 
Last sekali nah pic selpiaq kami berdua >.<
 
 
 

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. Assalam zai,
    iols pun dah laaaaaaaaaaamaaaaaaaaaa tak nengok wayang
    sob3

    ReplyDelete
  2. Nah tu dia... team building lah cemana pun... paling best mesti lah bab makan makan... yer tak?? hehehehe

    ReplyDelete
  3. Perghhh... team building setiap 6 bulan kerr... tapi kalau makan sedap gitu... tiap2 minggu team building pun tak per noo... hehehe...

    ReplyDelete
  4. Mknn tu yg paling sedap.. stp minggu pun xpe.. hihihi

    ReplyDelete
  5. syokkan
    baucer sunshine..bestnya
    bab makan le syok.. menternak lelemak..

    ReplyDelete
  6. betoi kak zai. baik lah buat dalam kilang je asalkan hadiah pun best2.

    kalau kami yg keje gov ni mimpi aje la nak dapat team building. family day pun susah nak dapat. tapi tak semua gov la gamaknya

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^