Department Team Building

3:41 PM

Assalamualaikum
 
30 Mei 2014 department tempat keja wat team building.Kali ni tahun ke-2 department saya keja join dengan team Product Development(PD).Kami dari Automotive PD.Dah takde dah team building nak hiking or pi Langkawi ke hotel-hotel bagai sebab terlampau ramai sangat.Tahun lepas masa depa wat team building saya dalam pantang lagi so memang tak dapat join la.
 
Campur semua-semua yang ada dekat 140 orang so nak save cost depa just buat kat bangunan lama kilang tempat keja(P1).Pukul 8.30 pagi registeration nak bahagi kumpulan.Cabut satu kad dan pi cari gambar sama macam dalam kad tu.Ada 8 kumpulan yang ahlinya diantara 11 ke 15 orang.So saya dapat team Mac.
 
Team Mac
 Lepas dah cabut kumpulan bekpes dulu.Banyak gak menu tapi tak snap gambar pon sebab segan...keh...keh...keh...
Kalau dok dalam group Automotive PD memang dah snap dah sebab depa pon dah tau perangai suka snap gambar tapi dah dok team PD terpaksa la pendam ja...hihihi.
 
Dah ada kumpulan so start game yang pertama di beri nama BODY LANGUAGE.Kami di beri 2 perkataan dan bina perkataan tu guna anggota badan kita.Eh...bukan anggota dah ni.Ni kira bina guna badan sendiri.Tak kira group tu cukup korum ke tak janji kena complete huruf dalam perkataan tu.
Dok bahagi-bahagi huruf
 
Ni dah kena merekot-rekot atas lantai ni dah kenapa????
 
Itu la yang terjadi di hari kejadian.Bina perkataan.
 
 
Abes game pertama kita start game ke-2 iaitu WILD WILD GUESS.Tiap kumpulan kena antar 3 orang dan depa ni akan di beri watak-watak dalam movie atau olahraga terkenal dunia so hat lelain tu teka tulis dalam kertas dan anta jawapan.
 
Nah antara watak-watak yang ada hari kejadian.
 
 
 
Memang tak larat nak gelak time ni.Macam-macam gaya dok ada...hihihihi...
 
Abes game ke-2 setiap kumpulan di beri RM100 untuk game yang ke-3 iaitu TALLEST TOWER.
Game ni terbahagi kepada 2.Part 1 kena pi shopping barangan untuk hamper yang berlainan jenama, pengilang dan juga bentuk di Jusco Queensbay.Dan barang-barang ni akan digunakan untuk bina menara tinggi.Group mana paling tinggi dan dapat bertahan lebih dari 10 saat akan jadi pemenang.
So time ni pakat serbu Jusco Qbay.Naseb la awal pagi so takda orang lagi time tu.Kami ja dah bising-bising dalam Jusco.Gambar time tu memang takda sebab dok bizi cari barang yang besar dan tinggi bersesuaian dengan bajet.
 
Lepas dah abes soping bagai time untuk makan.Makan-makan di TGI Friday Qbay.Kami saja dah penuh TGI tu.Time ni pon semua dok kalut makan sebab lapaq.Takda la gambarnya.
 
12.30 tengahari camtu kami di beri tiket wayang cite EDGE OF TOMORROW.Satu panggung kami booking.Abes ja wayang cepat-cepat balik P1 bina menara tinggi.Yang ni part 2 untuk game TALLEST TOWER tu.Eh...kata engineer so takkan tak reti nak mereka guna barang yang dok ada.
 
2nd group tallest tower
 
 
kami dapat no. 3
 
 
Group November dapat no. 1 dalam game ni dan hadiahnya semua barangan hamper yang setiap kumpulan beli tadi tu akan diberikan pada kumpulan yang menang.Dapat hamper RM800 tu.Sonok depa.Berlambak-lambak tapi depa ambik sikit ja.Yang kena makan cepat-cepat semua depa ambik.Yang lelain depa sedekahkan kat rumah anak yatim.Good...good...good...
 
Masa yang di tunggu-tunggu.LUCKY DRAW.Ni la sebabnya depa takmau sewa dewan hotel atau gunakan khidmat organizer luar.Nak save cost untuk bagi barangan lucky draw yang best.
 
8 x 2 tiket wayang, 10 x RM30 baucer Sunshine, 5 mouse, 1 barangan Acer dan 1 IPad.
 
Ni la wajah-wajah depa yang memang ada luck hari tu.
 
tiket wayang
 
Baucer sunshine
 
Mouse
 
Acer
 
IPad
Tunggu punya tunggu bulan tak timbul-timbul...eh...bukan...nama tak timbul-timbul.Jelesnya kat Mrs Wong ni dapat IPad.Melompat kegembiraan dia hari tu....hihihi.Free kot.Kalau saya pon hepi.Takpe tak dapat hadiah pon janji seronok.Ni asal team building ja asik wat makan-makan ja orang pon naik segan nak join.Sesekali wat game camni pastu boh plak tarikan bagi hadiah camni baru la orang semangat nak join....betoi tak?

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. syoknya kak zai. selain tue blh kenal2 org department lain kan. ok la tue depa buat kt kilang lama sbb cost tue nak beli hadiah best2. staff pun takde la terkilan sangat kan

    ReplyDelete
  2. tu la...klau bg hadiah best2 smua pakat smgt nk p

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^