Assalamualaikum
Selamat Hari Merdeka yang ke-56 buat semua.
Alhamdulillah....negara kita masih aman makmur sentosa berbanding negara-negara lain(aman ke?)
Minggu ni dah masuk week 32 bawakan anugerah Allah dalam perut tapi still takleh kenal pasti jantina baby.
Memang sengaja baby nak wat suprise kot?
Nah...keadaan perut saya yang dah membOOoolat...kejap je membulat camtu.
Hari tu dok komplen sangat awat perut kecik.Tak nampak macam mengandung.Lepas raya terus naik mendadak.
Kawan-kawan dan engineer-engineer saya dok berteka-teki dengan jantina baby.Siap kata sapa kalah kena belanja makan....hahahaha...
Ada kata boy....ada kata girl.
Kalau ikut engineer Cina saya kata baby boy.
Tapi ramai kawan-kawan saya cakap girl sebab muka saya tak kusam...makin berseri-seri masa mengandung walaupon tak mekap.
Tak kisah la girl or boy yang penting bagi saya dan suami...saya selamat melahirkan anugerah Allah ni dengan senang,selamat,sihat dan sempurna.Moga Allah mempermudahkan segala urusan.Amin....