XTVT hari coti

9:45 PM

Minggu ni cuti direct dari Kamis sampai Ahad.
Company ubah replacement Thaipusam ke hari Jumaat so takyah la nak cuti kamis pastu Jumaat pi keja Sabtu Ahad coti plak.
Dah alang-alang coti direct dan kebetulan kak ipar bersalin time Maulidur Rasul so xtvt cheq banyak kat umah mertua la jawabnya.

Semalam lepas suami abes keja kami terus balik Lunas.
Teman somi makan-makan.
Somi makan nasi goreng ja si isteri makan hebak sikit...chicken chop :p
Kompem besaq berganda-ganda la jawabnya kan?


Pepagi anta suami tengok 'anak-anak angkat' kat Juru.
Cheq plak balik umah kemas umah basuh baju lipat baju bagai.
Setel semua baru la kuar sopim barang dapur umah mak.
Pas anta kat umah mak cheq terus ke Perda sopim untuk diri sendiri tapi sempat rembat 2 utas jam tangan.
Tengah dok belek-belek jam dapat col cakap kak ipar dah boleh balik.
So pi ambik suami dan terus ke spital tolong apa yang patut dan kami sama-sama gerak balik Lunas.

 Kat Lunas keluarga mertua mempertanggungjawabkan MAKSU(panggilan cheq belah kuarga mertua) untuk memberi nama pada baby baru ni.
PUNGGAHHHHHHH!!!!!!!
Maksu mana la reti bab-bab camgini.
Last-last Maksu cakap...''Maksu cari nama banyak-banyak tapi abg Abu(suami kak ipar) pilih la mana yang abg suka.Takkan Maksu nak bagi nama kot?Bukan anak Maksu ni.''
 Ada dekat 10 nama kot.Tak ingat sangat nama apa sebab semua panjang-panjang.
Ada nama Alya Adriana, Dalili Fahimah, Laila Nahwah tapi tak tau la mana satu abah baby nak pilih.

Tadi ikut suami sebab nak pakai keta nak menyoping hadiah untuk baby.
Ni la hasil rembatan untuk baby.
Rambang bijik mata dok memilih barang baby.Naseb somi tak ikut kalau tak mesti somi jemu dok tunggu.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^