Singa datang menyerang...hepi CNY semua

11:07 AM

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru Cina pada yang menyambutnya dan selamat bercuti semua.


Macam perayaan sebelum-sebelum ni company cheq keja sekali lagi memberi cenderamata pada semua pekerja, orang kantin dan cleaner sempena CNY ni.

Masa Krismas tempohari cheq masih lagi bercuti so tak dapat la tengok persembahan yang dihidangkan.
Kali ni memang dapat tengok la sebab cheq kena bertugas sebagai GPTW komiti.
 Sebahagian cenderamata untuk sesiapa yang datang melihat persembahan.

Tepat jam 11 pagi Khamis 2 ekor singa datang menyerang pekerja-pekerja PLLM.

 Lama gak la persembahan ni.Dekat setengah jam.Abes ja persembahan GM pon merasmikan perayaan CNY dan semua MT menyerahkan cenderamata buat pekerja yang hadir.



Di samping tarian singa pihak company jugak ada buat kutipan derma barang-barang keperluan dapur untuk didermakan kepada rumah orang-orang tua cina area Penang ni.


Department cheq ada kutip sorang cikit duit.Kalau beli sendiri nampak sikit sangat so kutip sorang sikit dan beli banyak-banyak.

Ok la...selamat bercuti semua.Hati-hati memandu dan ingatlah orang yang tersayang.

Notakukukakiku :~usaha kutipan derma macam ni harus diteruskan untuk masa-masa akan datang.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. meriah CNY kat penang ni. tak henti2 bunyi mercun dan gendang.

    ReplyDelete
  2. tu la psai ain...mercun papan pnya la lama klau depa psg

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^